BAGAIMANA BUAT DUIT DENGAN BARANG JEPUN WALAUPUN ANDA SIBUK BEKERJA

BAGAIMANA BUAT DUIT DENGAN BARANG JEPUN WALAUPUN ANDA SIBUK BEKERJA

 

Dah ada sikit modal untuk mulakan bisnes, tapi masih tak tahu nak meniaga apa ?

Apa kata anda jual barangan daripada Jepun. Trend barangan Jepun makin meningkat sekarang. Jika anda perasan, di shopping mall sekarang pun makin bertambah kedai-kedai yang menjual produk yang di import daripada Jepun. Contohnya macam Daiso, Miniso dan Yubiso.


Permintaan yang tinggi terhadap barangan Jepun ini mungkin disebabkan barangan tersebut dilihat lebih berkualiti berbanding produk daripada China. Selain itu, barangan daripada Jepun ni juga memang ada peminatnya tersendiri. Mereka sanggup beli mahal-mahal sebab barangan tersebut susah untuk didapati di tempat lain.

Ini saya kongsikan 3 tip mudah macammana anda juga boleh menjual barang jepun walaupun anda sibuk bekerja sepenuh masa. Senang cakap, buat bisnes partime dengan jual produk dari jepun.


 1. Menjual di FB Profile dan di group FB

Spesifikkan produk apa yang anda nak jual dan cari group yang berkaitan dengan produk tersebut.

Nak lagi bagus, cari group ‘collector’ atau pengumpul barangan Jepun. Contohnya group Jam Tangan G-shock, Group anime ataupun group beg tangan.

Ada banyak group FB yang menjadi ‘tempat lepak’ bagi geng-geng collectors ni. Cuba anda cari, pasti jumpa. Ambil sedikit masa selepas balik kerja untuk aktifkan diri anda di group FB seperti ini. Lagi Anda aktif kat group, lagi senanglah orang kenal anda, dan lagi mudahlah untuk anda menjual barangan anda.

Sebagai Contoh,

Bercadang nak jual jam brand g shock?

Join jer group-group di Facebook dengan carian “G shock”, anda kan jumpa banyak group yang berkenaan G Shock dan dekat sini la ramai prospeck kita “Lepak”


 2. Buat Akaun IG dan Aktif di Sana

Akaun IG ni perlu dibuat untuk upload gambar-gambar produk yang anda niagakan. Ia umpama katalog produk Anda. Bila orang tanya je apa jenis barangan yang anda ada, anda bagi je link akaun IG tersebut untuk mereka lihat sendiri. 

Sebaiknya, Anda cuba upload gambar produk setiap hari di IG. Gunakan sedikit waktu contohnya pada malam hari, untuk upload sekurang-kurang 1 gambar baru. Terpulang kepada kreativiti anda sendiri nak gunakan gambar macammana. Asalkan, bakal pelanggan anda boleh nampak gambar produk dengan jelas.

Ouhh yer, jangan lupa untuk follow akaun IG peminat-peminat barangan Jepun supaya mereka juga follow akaun IG Anda.


3. Join expo atau car boot sales hujung minggu

Perasan tak, semakin banyak tempat-tempat yang menganjurkan expo atau car boot sales pada hujung minggu. Apa yang menariknya, sesetengah penganjur memang menetapkan tema tertentu semasa expo atau car boot sales dijalankan, terutamanya expo yang dibuat di sekitar Lembah Klang. 

Contohnya, tema jualan barangan ‘preloved’ (terpakai), barangan antik ataupun mainan. Ada bermacam-macam lagi tema expo lain yang turut dianjurkan. Tema-tema macamni diadakan untuk menghimpunkan penjual dan pembeli yang memang berminat untuk mengumpulkan barangan tersebut.

Jadi, jika anda dapat jumpa iklan expo yang berkaitan dengan produk Jepun ataupun barangan yang Anda jual, cubalah ‘join’ expo tersebut. Mesti lagi senang nak dapat sales.


Panjang pula cerita bab nak menjual ni, sampai terlupa nak cerita macammana nak beli barangan daripada Jepun. Ada 3 cara yang biasa digunakan untuk membeli barangan Jepun.

  1. Pergi borong sendiri di Jepun
  2. Beli daripada agen atau orang tengah
  3. Beli secara online

Untuk cara pertama tu, confirm perlukan modal yang besar, sebab anda perlu beli tiket penerbangan ke sana, hotel untuk menginap, pengangkutan untuk bergerak di Jepun dan makanan harian sepanjang anda berada di sana. Semua kos ini perlu anda fikirkan jika anda memilih untuk beli sendiri produk di sana.

Cara kedua pun perlukan modal lebih, sebab anda perlu bayar caj tambahan kepada agen ataupun orang tengah untuk dapatkan produk anda.

Cara ketiga ini paling saya recommend kalau anda baru pertama kali nak jual barangan dari Jepun. Sebab cara ini paling jimat dan murah berbanding cara pertama dan kedua tadi. 

Jika Anda nak tahu lebih lanjut, di Bantu Mula ada sediakan panduan berbentuk video yang lebih lengkap  dan mudah untuk anda membeli barangan daripada Jepun secara online.

Sebagai Ahli Premium di bantumula, anda akan dapat akses VIDEO PANDUAN Membeli Barang Jepun secara online. dan bukan itu saja, banyak lagi panduan-panduan lain yang boleh bantu anda seperti, Borong Barang China, Panduan Shopee, Instagram dan lain-lain lagi.. dah jadi Ahli Bantumula??

 



Apa yang menariknya jika anda daftar sebagai Ahli di BantuMula?

Sebagai ahli premium, anda boleh akses kesemua COURSE PREMIUM di dalam BantuMula dan bukan hanya 1 tapi sehingga kini sudah ada BELASAN COURSE yang mengandugi RATUSAN VIDEO dengan berdurasi lebih PULUHAN JAM merangkumi pelbagai platform pemasaran seperti Instagram, Facebook, Shopee termasuk cara buat belian direct China dan lain-lain Tak cukup dengan tu, setiap kali course baru di tambah, Ahli Premium akan dapat update dan akses SECARA PERCUMA!

Berminat nak sertai Ahli Premium Di BantuMula?

Opss.. Buat masa ni pendaftaran keahlian ditutup.. Tapi, anda boleh isikan dulu nama dan email di bawah, nanti dah buka kami akan maklumkan pada anda
  • Isikan alamat email yg sah sebab semua update kami akan hantar melalui email
September 17, 2019

1 responses on "BAGAIMANA BUAT DUIT DENGAN BARANG JEPUN WALAUPUN ANDA SIBUK BEKERJA"

  1. saya telah menjadi ahli BANTUMULA bagaimana ?

Leave a Message

Your email address will not be published.

top