
Nak Niaga Barang Jepun Atau China?.
Ramai yang tercari-cari macam nak beli barang dari 2 Negara ini.
Ye lah, dengar cerita barang dekat sana lagi murah dari tempat kita.
Tapi masalahnya sekarang, Ada yang berbeza pendapat mengenai dua tempat ni.
Ada yang lebihkan China sebab sana lubuk memborong murah.
Dan ada yang lebihkan Jepun sebab sana barang lebih berkualiti.
Tapi walau apa pun, masing-masing ada kelebihan tersendiri.
Meh saya nak cerita apa yang kelebihan dan kekurangan. Jom
1. Branded VS OEM
Tak dapat dinafikan lagi bahawa di China adalah tempat pengeluaran produk terbesar di dunia, cakap saja nak produk apa, hampir semua produk boleh buat, dari perkakasan dapur, pakaian, hingga ke aksesori kenderaan pun ada.
Jadi kita ada banyak pilihan produk untuk di jual, hanya cari barang ikut permintaan pasaran atau cipta sendiri permintaan ke dalam pasaran.
Tapi berbeza pula dengan pasaran Jepun, di sini adalah tempat untuk kita dapat kan barang yang betul-betul original, tapi jangan ingat tiada barang tiruan, ia tetap ada, cuma peratusannya sangat kecil.
Kelebihan barang original ni, walau harga beli yang mahal, tapi kita masih boleh jual dengan harga lebih tinggi, sebab ada permintaan dari peminat atau pengumpul yang lebih pentingkan keaslian (baca original) sesuatu barang.

2. STOK
Di Jepun, walau kita boleh dapatkan barang original ni, tapi kuantiti yang sangat terhad.
Kadang-kadang ada cuma 3 ke 4 unit je atau mungkin tinggal 1 je, ni yang budak sekarang panggil barang rare.
Jadi sebab ke-“rare”-an ni, barang-barang ni menjadi rebutan hingga ada yang sanggup membayar dengan harga yang lebih tinggi untuk dapatkan nya.
Tapi di China, kita boleh dapatkan produk yang sama jenis sehingga beribu-ribu unit, selagi kilang boleh buat, jadi kita boleh jual dengan kuantiti yang banyak.
Dengan itu kita dapat menjual di pasaran yang lebih besar.

3. KUALITI
Walaupun di Jepun harga agak mahal, tapi kualiti nya lebih bagus. Jadi untuk peminat atau pengumpul barangan original, mereka lebih penting kan kualiti sesuatu barang , dan mereka sanggup untuk membayar dengan harga tinggi asal dapat memenuhi kehendak mereka.
Dan untuk pelanggan yang tidak berapa pentingkan kualiti, contohnya pakaian yang mungkin diguna untuk sebagai pakaian sahaja, mereka mencari harga yang lebih murah. Dan untuk produk yang diperbuat di China, kita boleh pilih harga ikut tahap kualiti yang kita nak. Jadi kita boleh menjual mengikut permintaan pelanggan.
Saya harap dengan sedikit penjelasan ni, anda sekarang lebih jelas dengan apa kelebihan antara membeli di Jepun dan China.
Kita gunakan kelebihan-kelebihan yang ada untuk jana lebih pendapatan, jadi kita tak perlu pilih dari mana kita nak membeli kalau kita boleh gunakan kedua-dua nya sekali.
TAPI….
Anda tahu ke macam mana nak beli dekat sana?
Boleh je pergi ke sana, tapi kos perjalanan dah berapa?
Anda nak tak tahu, cara untuk memborong dengan harga murah tanpa perlu keluar dari rumah pun.
Ya, di zaman teknologi internet ni, kita boleh memborong tanpa keluar rumah pun.
Semua boleh di buat secara atas talian, ya, semua nya online je.
Senang, mudah dan tidak susah.
Jadi anda nak belajar macam mana menyelam ke lubuk kedua-dua negara ni?
Di BANTU MULA, kami akan ajar step by step memborong di dua lubuk ni, dari mencari produk, cara membuat tempahan dan proses pembayaran sehingga ia selamat sampai ke pintu rumah anda.
Yang bestnya, ia sepenuhnya secara atas talian, jadi anda boleh buat bila-bila masa tak kira siang atau malam, di atas sofa mahupun di atas tilam yang empuk.
Dan itu semua tanpa guna orang tengah pun, terus antara anda dengan penjual.
Nak Jepun atau China, dua-dua tidak menjadi masalah lagi. Hanya antara buat dengan tidak je.
Dan bukan itu saja, kalau belajar cara nak beli mesti tahu cara nak jual kan, jadi untuk ahli PREMIUM BANTU MULA, anda boleh belajar menjual di Facebook, Instagram, Shopee, dan banyak lagi panduan-panduan berkenaan marketing dan sales.
Anda dah berminat nak belajar dan jana lebih pendapatan dengan BANTU MULA.?