
Nak Buat Bisnes PART TIME?
Perasan tak, berniaga secara part time dah jadi trend pada masa kini. Kalau dulu, sangat jarang orang yang dah ada kerja tetap nak berniaga untuk cari duit tambahan… Mungkin sebab kos sara hidup makin hari makin meningkat, jadi, ramai yang perlu cari duit lain untuk backup duit gaji.
Selain untuk dapatkan duit tambahan, ada lagi kelebihan lain berniaga secara part time ini. Antara kelebihannya ialah anda akan dapat pengalaman baru. Pengalaman berniaga yang anda dapat mungkin tak sama dengan pengalaman kerja makan gaji anda. Misalnya, duit biasa dapat hujung bulan, tapi berniaga, hari-hari duit masuk.
Ouhh yerr.. sebelum berniaga secara part time, kami nak kongsikan 5 tip #Sempoi persediaan yang perlu anda lakukan sebelum mula berniaga.
1- Niat kena betul DAN “Dalam”
Niat, ini adalah yang terpenting sebelum memulakan sesuatu
Apakah niat kita untuk berniaga?
Nak jadi kaya semata-mata? Nak bantu keluarga? Atau memang minat berniaga.
Masing-masing ada niat yang tersendiri.
Tapi walau apa pun, sebelum bermula, kita harus perbetulkkan niat kita, tetapkan apa yang kita
mahu, kenapa kita pilih untuk berniaga.
Benar berniaga adalah 9 dari 10 pintu rezeki, tapi dugaan nya juga besar.
Macamana nak jadikan niat kita itu betul dan “dalam”, saja saya guna perkataan dalam untuk anda lagi faham,
Sebagai contoh ;
Niat aku nak berniaga sebab nak bantu keluarga.
:: untuk mendalamkan lagi niat :
Niat aku berniaga nak bantu keluarga aku, sebab aku tak sanggup tengok isteri aku dan anak-anak aku susah. (untuk lebih dalam lagi.. ingat balik part atau kisah mana yang korang betul-betul susah, nak beli susu anak pun kire duit syiling..) dan ianya semua kerana ALLAH.
2- Urus Masa Anda
Dalam berniaga benda yang paling penting selain keuntungan adalah masa,
Sebagai peniaga kita harus bijak mengurus masa, tambah-tambah lagi jika kita berniaga secara
parttime, kita kena uruskan antara perniagaan, kerja asal dan juga keluarga.
Jika tidak salah satu akan terjejas, dan itu memungkinkan kita hilang salah satu atau lebih teruk
hilang kesemuanya.
Jadi mengurus masa adalah penting untuk merancang dan memudahkan kerja anda. Ini juga adalah diantara kunci utama kejayaan anda.
Pengurusan masa ini juga memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi daripada diri anda sendiri.
Sebenarnya tak susah pun nak buat. Cara paling mudah adalah buat macam ni,
Ambil satu kertas, buat 4 bahagian, tulis 4 benda ni :-
- Penting dan segera
- Berurusan dengan pelanggan, masukkan produk ke marketplace
- Penting dan tidak segera
- Buat planning bisnes, baca buku berilmiah
- Tak penting dan segera
- Hal yang penting untuk orang lain, baca email, jawab mesej
- Tak penting dan tidak segera
- Layan media social, main game
Dengan adanya senarai ni, lebih mudah untuk kita pilih kerja apa yang perlu diutamakan dahulu supaya kita tidak sia-sia kan masa yang berlalu.
3- Topup Ilmu Sedia Ada
“Cari lah ilmu sampai ke liang lahad”
Ilmu sangat penting untuk seorang peniaga, tak kisahlah ilmu pengurusan, kewangan,
pemasaran dan jualan, dan hal-hal yang berkaitan.
Cuba cari masa untuk belajar dari mereka yang mahir atau otai-otai dalam dunia perniagaan,
ikut mereka, belajar dari susah senang mereka.
Cuba mahirkan diri dengan beberapa perkara, dan semampu yang kita boleh belajar
Tahap ilmu kita akan memastikan di tahap mana kita akan berada.
Tapi mencari ilmu juga ada caranya, ini bagi mengelakkan kita jadi overload dengan ilmu, sampai belajar apa tidak perlu ketika itu.
Jadi untuk mengelakkan ini terjadi, boleh cuba cara ni.
Fikir dan tulis perkara apa yang perlu kita tahu untuk berniaga, contoh nya nak berniaga online di marketplace.
Buat satu senarai, contohnya,
Cara nak pilih produk yang sesuai untuk dijual di marketplace, cara betul masukkan produk, cara nak tingkatkan jualan
Dan lain-lain yang berkaitan
Bila ada senarai ni, lebih mudah kita nak susun apa yang perlu kita tahu dahulu, belajar yang asas dahulu baru tambah ilmu yang lebih advance.
4- Rancang Kewangan
Cashflow atau boleh juga dipanggil aliran tunai adalah perkara yang akan memastikan satu-
satu perniagaan untuk terus hidup untuk berapa lama.
Belajar macam mana untuk mengurus wang, jangan di campur antara duit bisnes dengan duit
untuk kegunaan peribadi.
Belajar untuk menyimpan duit dan ambil gaji dari bisnes, bukannya gunakan kesemua
keuntungan yang dapat.
Andai jika kita gagal menjaga wang yang kita dapat maka bersedia untuk melingkup.
Dan untuk menjaga aliran tunai ni, nak tak nak kita kena dokumentasi kan segala hal berkaitan duit keluar masuk.
Buat 2 file
- Duit masuk
- Resit belian, Invoice untuk penghutang dll
- Duit keluar
- Invoice dari pengedar, bil-bil untuk hal bisnes dll
Bila ada semua data-data ni, senang untuk kita buat kunci kira-kira dan tengok kemana duit kita pergi.
5- KenalPasti Bisnes Yang Sesuai.
Dunia perniagaan adalah bukan mudah namun tidaklah terlalu susah. Untuk berniaga secara
parttime, anda perlu berikan komitmen yang tinggi untuk mengurus antara perniagaan,dan kerja
anda.
Jadi pilih perniagaan yang tidak mengganggu masa, anda berminat dan bermula dengan modal
yang kecil
Anda mungkin boleh bermula dengan menjual servis yang anda mahir,
Atau boleh bermula dengan sebagai dropship dahulu, dan jual di marketplace seperti shopee, lazada, mudah.my dan lain-lain.
Anda juga boleh guna kan medium media social seperti facebook dan Instagram untuk menjual
produk atau servis anda. Guna saja apa yang ada.
Anda dah terfikir nak buat bisnes apa secara part time atau nak dapat extra duit lagi?
Ni haa Kami ada berita baik kalau Anda betul-betul berminat nak berniaga secara part time. Sekarang ni, team ezilezi ada satu program Dropship Santai Shopee.
Dalam program ni, team ezilezi akan bantu anda carikan produk yang laku keras, akan upload produk anda ke shopee dan akan poskan produk kepada pelanggan anda. Inilah yang dikatakan program dropship santai.
Kelebihan Program Dropship Santai Shopee ni kepada Anda :
- Tak perlu buang masa fikirkan produk apa nak dijual
- Tak perlu buang masa nak upload produk banyak-banyak kat kedai shopee anda
- Tak perlu curi masa kerja untuk pergi poskan barang kat pejabat pos.
Sebab…. Semua ni, team ezilezi akan buatkan untuk anda.
Nak tahu lebih lanjut mengenai program dropship santai shopee ? KLIK SINI