Kenapa Perlu Ada Supplier Dari Luar Negara?

Salam , hai hai…

Orait post kali nie pula kita nak sentuh berkenaan “kenapa perlu ada supplier dari luar negara??”

Sebenarnya tak cukup ke dengan supplier kita yang sedia ada sekarang nie, cukup memang cukup tapi kalau kita nak lagi stabil atau kembangkan lagi bisnes kita, rasanya tak salah untuk kita ambil peluang untuk dapatkan supplier terus dari luar negara kan?

Ada rezeki lebih, kita lak boleh supply dekat seller-seller di Malaysia kan? Okeh dalam cerita kali nie , saya akan kongsikan kenapa kita perlu ada supplier dari luar negara.

Artikel ini merujuk pada sesiapa yang berniaga produk dari china, dan why not kita ambil terus dari CHINA kan?

Jom 🙂


1- Stok dari supplier dalam negara berisiko untuk habis

Boleh habis ke? Pada yang belum berniaga mungkin nak faham dan sapa yang berniaga mungkin dah alami masalah ini. Nak-Nak time dapat sales, fuhhh bila semak stok, stok pulak habis, tak ke naya. Serius beb. Dan time tu la “order masuk seperti hujan menimpa atap rumah” huhu

Kita dah cuba cari supplier tempatan lain pun sama, kalau ada pun.. Mungkin lebih mahal..silap-silap takde untung pun untuk kita.. naya naya

Dan inilah sebabnya. Kita perlu standby supplier dari luar negara untuk bantu kita.. Jelas ke? 🙂


2- Boleh Maksimumkan untung setiap produk yang di jual

Katakan anda dapat harga dari supplier tempatan untuk satu produk tu dalam rm10 satu, ok tak kalau anda ambil dapat produk berkenaan dengan harga rm5. So, anda jual dengan harga sama dengan market luar atau harga yang biasa anda jual.

Ini la salah satu cara untuk anda dapat memaksimumkan profit anda untuk setiap produk yang dijual.. Jom cari supplier terus..hehe.. jangan tunggu-tunggu 🙂


3- Produk Sentiasa Update

Bayangkan korang yang terawal tahu produk yang latest dan yang bestnya, tak de orang jual lagi produk tu kat Malaysia. Ini lah peluang yang besar dan rugi sekiranya korang tak cuba jual.

Suatu ketika dahulu, tapi bukan zaman dahulu kala.. Dalam tahun 2018-2017 gitu, kan ada trending satu produk nie, nama dia fidget spinner, apa tu fidget spinner? Tengok gambar kat bawah.

Produk ni sebelum masuk malaysia, dah banyak dekat luar, dah bila masuk malaysia..yang terawal jual, memang buat duit kaw2.. ( masa nie market masih belum banyak pesaing, jadi yang terawal la yang untung).


Kesimpulan

Ini lah 3 sebab yang korang kena amik “port” untuk dapatkan supplier terus dari luar negara sebagai backup untuk kembangkan bisnes korang.

Saya nak tanya 🙂

1) Anda tahu tak cara nak cari supplier China?

2) Dan cara nak order dengan mereka? TANPA anda keluar dari rumah, duk depan PC / komputer pun boleh order.

Just nak share yang kami di BANTUMULA ada sediakan panduan step by step untuk order online stok terus dari china.

Dan panduan ini ada di pakej premium member.

Jadi jom sama sama belajar dari sini dan cari supplier korang sendiri “straight from CHINA”

Jika anda rasa penting untuk ada supplier anda sendiri,

dan boleh belajar dengan menjadi Ahli Premium di Bantumula

Sebenarnya ada banyak lagi KELEBIHAN jadi AHLI PREMIUM? KLIK SINI Gambar di Bawah

March 6, 2019

0 responses on "Kenapa Perlu Ada Supplier Dari Luar Negara?"

Leave a Message

Your email address will not be published.

top