Setup Menus in Admin Panel

Cara Naikkan Targeted Followers Di Shopee

Hari ni  nak share  2 cara macam mana nak naikkan followers dekat dalam shopee.

Tapi sebelum tu  nak tanya, pernah tengok tak butang ni dekat Shopee?

Butang untuk BOOST PRODUK?

 

Mesti ada yang ramai guna kan?

 TAPI anda tahu tak macam mana fungsi sebenar butang ni?

Bila anda tekan butang BOOST NOW ni, produk anda akan TERPAPAR pada lebih RAMAI orang TETAPI di beri KEUTAMAAN pada 
FOLLOWERS anda terlebih dahulu.

Haa… perasan tak dalam Shopee ni pun macam Instagram, orang boleh follow-follow kita.

Okay, jadi, kalau Followers kita pun sedikit, ramai yang follow pun pekedai juga, agak-agak, sejauh mana berkesan butang 
Boost Now tu tadi?

ATAU LAGI BEST KALAU…

Anda boleh dapatkan TARGETED FOLLOWERS berdasarkan produk yang anda jual, dan followers ni semakin MENINGKAT BERTAMBAH tiap hari?

Senang cerita, boleh tambah TARGETED FOLLOWERS.

SEKARANG MESTI ANDA TERTANYA-TANYA CARA NAK TAMBAH FOLLOWERS KAN?

Antara salah satu caranyanya adalah..

Kitatiru konsep macam Instagram..

Pernah dengarteknik Follow Unfollow?

Konsep teknik ni macam ni..

Kita follow orang, nanti naik notifikasi dekat mereka yang kita dah follow, jadi, secara tak langusng, akan tarik perhatian dia untuk tahu siapa..

Bila dia tengok, dan dia rasa berminat atau tertarik, dia akan follow back ( follow kita semula )

Ha.. tu je konsep dia secara mudah..

Jadi, dalam Shopee pun kita buat benda sama..

Kita pergi ke akaun seller mana-mana yang jual produk sama niche dengan kita, lihat siapa followers mereka dan cuba follow orang-orang atau akaun-akaun yang ada kaitan dengan niche jualan kita..

Mudah kan.. tapi kena buat manual lah.. cari dan follow satu-satu

Caranya macam ni , boleh follow step-step ni :

1 – Login ke akaun Shopee anda

2 – Cari mana-mana kedai yang jual produk yang hampir sama dengan anda atau yang ada kaitan dengan produk anda jual. Contoh jika anda juga gadget, boleh cari yang jual phone, jika jual baju kurung, boleh cari yang jual tudung

3 – Selepas itu, masuk ke dalam kedai tesebut dan lihat dan klik bahagian All Product

4 – Kemudian, anda akan dapat lihat URL akan jadi seperti ini : 

https://shopee.com.my/shop/(SHOPID)/search

*SHOPID tu ID setiap shop, setiap shop berbeza ID

5 – Tukarkan URL tersebut dari perkataan search ke perkataan followers seperti ini

https://shopee.com.my/shop/(SHOPID)/followers

6 – Nanti akan kelihatan seperti paparan ini, senarai followers kedai tersebut akan kelihatan;

7 – Okay sekarang, anda boleh lah klik follow mana-mana akaun yang bersesuaian.

Selamat mencuba 🙂

Okay, sekarang anda nak cara kedua yang lagi MUDAH, CEPAT dan PANTAS nak naikkan followers ni?

 

KLIK SINI UNTUK BACA CARA KEDUA

 

 

 

December 18, 2018

0 responses on "Cara Naikkan Targeted Followers Di Shopee"

Leave a Message

Your email address will not be published. Required fields are marked *

top
Hak Cipta Terpelihara 2018