Setup Menus in Admin Panel

3 lubuk menjual paling MUDAH di internet

3 lubuk menjual paling MUDAH di internet

Salam, Saya taknak buang masa lagi, Jadi Jom saya kongsikan 3 lubuk untuk MENJUAL di Internet. Artikel  ini khas pada yang nak berniaga sangat-sangat,TAPI MASA sangat jeles dengan korang..hehe.

Kebanyakan antara kita bila mula berniaga, memang banyak benda yang nak kena buat. Sebagai contoh ;

kita berniaga pakaian di platform internet. Perkara wajib yang perlu kita sediakan adalah;

Ruang niaga (tempat kita letak produk kita) contohnya di Facebook dan Instagram. Ini adalah platform untuk kita letak “iklan” produk atau servis kita.

Tapi, Jika di FB dan Instagram, Cukup ke dengan letak “iklan” barang and servis jer, Dan adakah pelanggan akan datang bergolek-golek untuk membeli dengan kita?

Meh nak share skit, berkenaan Facebook dan Instagram – Dua Platform ini diwujudkan untuk orang bersosial di dunia internet. So, kalau nak niaga di platform media sosial tak sesuai ke?

Sebenarnya niaga di media sosial sesuai, TAPI ada beberapa teknik dan strategi .

Kenapa perlu teknik/Strategi bagai?

Sebab kita perlu tahu mencari pelanggan dengan cara yang betul, kalau nak harapkan pelanggan datang sendiri, fuh.. memang berlumut jawabnya kedai korang..huhu

Dalam artikel kali nie, bukan nak kongsikan pasal FB atau Instagram, tapi nak kongsikan platform yang boleh buat pelanggan sendiri yang mencari anda. Nak tau?? Jommmmm…

 

Mudah .my

Tahukah Anda, Pembeli di Mudah.my puratanya dalam 7.5 juta setiap bulan. Jumlahnya memang sangat besar dan sekiranya kita iklankan barang kita atau servis kita kat sana. Potensi besar yang pelanggan akan mencari kita. Ini dinamakan pelanggan datang bergolek-golek. 🙂

Kita tengok pula, Kategori yang kita boleh jual di MUDAH.MY ini.

Tu dia lebih 10 kategori yang kita boleh iklankan produk/servis berdasarkan kategori ini;

Dekat sini la pelanggan akan mencari produk/servis yang mereka nak. Dan Anda hanya perlu pilih produk apa ingin di jual dan iklankan di sini.

Yang bestnya, Mudah.my ada keluarkan App Google Play // App Store (Apple) untuk di install, bayangkan berapa ramai penguna smartphone sekarang? Kalau kita tengok kiri dan kanan, rata-rata memang ada smartphone, dan aplikasi Mudah.my memudahkan mereka lagi untuk mencari produk/servis tentang Bisnes Kita.

So, tunggu apa lagi?? JOM.. Start beriklan di Mudah.my

Carousell

Carousell antara aplikasi shopping yang mula popular dalam jual beli online melalui iPhone & Android SmartPhone. Kita Hanya  Perlu Snap gambar barang dijual , isi maklumat yang diperlukan dan boleh terus post iklan di sini dan ianya PERCUMA.

Amacam? Best kan..

Ada yang tanya, boleh tak, nak jual produk second hand? Jawapannya boleh.

Kepada yang tak pernah berniaga di internet dan nak cuba berniaga, cuba jual barangan sedia ada dulu,

Contohnya pakaian yang jarang pakai, nak ambil feel menjual (terima duit). Tapi kalau tak de barang sendiri, jual jer baju atau barang anak-anak yang tak tak muat dan tak digunakan lagi.

Note: Dilarang menjual barang orang lain tanpa persetujuan, karang syok-syok jer jual kasut mak, kasut jiran..huhu (atas alasan nak amik feel niaga),,tak pasal-pasal dapat extra feel (pelempang)..huhu

Install jer Aplikasi Carousell di phone korang ;

Dan Cari jer produk yang nak di jual, SNAP Gambar then terus POST

 

Tips : Pastikan Gambar Produk Second Hand//Prelove anda menarik dan jangan hanya tangkap muat jer. yang penting jelas dan meyakinkan bakal pembeli korang.

 

Shopee

 Okeh, Di Shopee pulak antara marketplace yang tengah mula naik dan mendapat sambutan di Malaysia.

Maknanya, trafik memang sedang meningkat naik. Dan Shopee berada di Ranking ke 12 rank dari Alexa

Kelebihan lain Mula Niaga di Shopee nie;

Nak letak barang pun free, ada jualan pun pihak shopee pun tak ambik komisyen, Yang bestnya lagi, semua di shopee adalah bersistem siap kos pos pada pelanggan pun kita boleh dapat rebate POS LAJU.

Best kan??

Ruginya kalau ketinggalan untuk ada kat shopee nie,dah la pembeli dapat free shipping, seller plak dapat rebate POS LAJU FREE plak tu, ada je jualan, tahu-tahu terus je print borang pos laju, tak ada kena bayar pos apa -apa pun.

Ada yang tanya,

kalau saya buat dropship ,Boleh ke Dropship nak apply Shopee Rebate Pos Laju? KLIK SINI(info tambahan)

Orait, semoga bermanfaat



Nak belajar cara Mulakan Bisnes di Shopee Secara PERCUMA?


Jom kami tunjukkan STEP by STEP caranya.
DAFTAR PERCUMA SEKARANG dan dapatkan Panduan STEP BY STEP Mulakan Bisnes Di Shopee
YA, STEP BY STEP dari awal buka akaun SAMPAILAH  Setting untuk letak dan jual PRODUK..

Opss… tunggu dulu.. kami juga akan berikan anda senarai 200 Top Produk List yang pernah LAKU KERAS di Shopee awal November tadi JUGA SECARA PERCUMA?

DAFTAR SEKARANG SEBELUM AKSES INI DITUTUP

November 19, 2018

1 responses on "3 lubuk menjual paling MUDAH di internet"

  1. Bagusnya web ni..byk info bermanfaat..

Leave a Message

Your email address will not be published. Required fields are marked *

top
Hak Cipta Terpelihara 2018