Boleh lagi ke Menjual di Shopee? Pesaing ramai kot

 

Salam dan hi, Yeahhhh kita berjumpa kali ini dalam tajuk “ Boleh lagi ke Menjual di Shopee? Pesaing ramai kot yang dah mula menjual kat sana ” .. Tettt panjang giler tajuk nie

Tajuk panjang ini la yang buat anda dilema panjang untuk tangguh-tangguh buka bisnes di shopee.. kan?

Makin bertangguh, makin jauh lah peluang ini dengan anda. Kalau anda ada tengok dalam video sharing team kami.

Note : ini screenshot jer, tak boleh play pun

 

Meh sini saya huraikan lagi..

Sebenarnya di mana-mana saja market place ,

kalau nak niaga, anda kena redho dengan tiga jenis prospek ini:

 

1)Prospek Murah :

Prospek jenis ini memang nak cari yang murah jer dan baru dia akan beli, janji jimat bagi dia.

Dia ini akan merayau-rayau di marketplace lain juga untuk mencari barang yang murah.

 

Sekiranya harga anda tak dapat nak menang, Relaks arr kira fokus pada next prospek.

 

2) Prospek Pakej :

Okeh, Prospek jenis ini tak kisah pada harga, yang penting pakej cun melecun, ngam bersama pakej yang banyak bagi gift atau offer lain yang best.

 

Jadi, dekat sini kita boleh tackle mereka dengan tawaran yang menarik berserta pakej. Harga tinggi sikit tak apa, janji boleh bagi pakej yang meleleh 🙂

 

Jelas?

 

3) Prospek Kualiti :

Biasa prospek yang macam nie, mereka pentingkan kualiti produk, harga tak penting, tapi dengan harga juga la mereka akan buat keputusan, kalau harga murah, MESTI takde kualiti, kalau harga tak mahal sangat dan tak murah sangat, mungkin akan jadi pilihan golongan ini.

 

Senang Cakap, mereka ini dah pernah terkena dengan produk murah, tapi kualiti teruk. Selepas tu dah mula berhati-hati untuk membeli lagi.

 

Orait, dah jelas 3 jenis prospek ini?

 

Meh nak share sikit tips,

kalau kita tak boleh nak win dalam harga,

cuba kita win dalam pakej dan kualiti, tunjukan secara jelas dengan apa offer kita..

 

Letak gambar, letak detail dan sedia menjawab pertanyaan oleh prospek di shopee.

—–

 

Boleh ke Boleh?

Jadi sekarang Boleh lagi ke Menjual di Shopee? Pesaing ramai kot,

.. Kita fokus mana yang kita boleh offer.. Abaikan pesaing kita.

 

“ Sesungguhnya, rezeki telah di tentukan oleh ALLAH s.w.t “

Okay, Mesti semangat kan?

Semangat  saja tak guna kalau tak bertindak, kan kan kan? 🙂

Dan Berita Bestt :

kami ada nak perkenalkan Panduan berVIDEO untuk Mula Berniaga di Shopee 🙂

Jom tengok panduan sini ->

KLIK SINI (BELAJAR SHOPEE)

 

 

 

 

 



Apa yang menariknya jika anda daftar sebagai Ahli di BantuMula?

Sebagai ahli premium, anda boleh akses kesemua COURSE PREMIUM di dalam BantuMula dan bukan hanya 1 tapi sehingga kini sudah ada BELASAN COURSE yang mengandugi RATUSAN VIDEO dengan berdurasi lebih PULUHAN JAM merangkumi pelbagai platform pemasaran seperti Instagram, Facebook, Shopee termasuk cara buat belian direct China dan lain-lain Tak cukup dengan tu, setiap kali course baru di tambah, Ahli Premium akan dapat update dan akses SECARA PERCUMA!

Berminat nak sertai Ahli Premium Di BantuMula?

Opss.. Buat masa ni pendaftaran keahlian ditutup.. Tapi, anda boleh isikan dulu nama dan email di bawah, nanti dah buka kami akan maklumkan pada anda
  • Isikan alamat email yg sah sebab semua update kami akan hantar melalui email
August 28, 2020
top