Setup Menus in Admin Panel

Boleh Ke Nak Start Bisnes Tanpa Modal Dekat Dalam Shopee?

 

 

” saya nak buat dropship je, tak ada modal lagi nak start bisnes, sesuai ke buat bisnes dalam Shopee? “

Ini antara soalan yang banyak aku terima bila kerap sharing pasal Shopee dekat wall.

Tak dapat nafikan sekarang ni memang Shopee antara port paling treding orang berniaga barang.

Bini aku sendiri pun dalam seminggu tu mesti ada sekali barang dia akan beli dekat Shopee.

Tau-tau ada je parcel sampai alamat office aku.

Jadi, bila dah trending, ramai lah yang dah mula nak berubah arah ke Shopee.

Dan ada juga yang nak start atau baru-baru nak berniaga nak masuk barang dalam Shopee.

Termasuk lah mereka yang buat dropship je.

Dropship ni biasanya mereka tak ambil stok dulu, ada customer bayar baru order dekat supplier.

So, balik semula pada soalan.

” dropship je, tak ada modal lagi nak start bisnes, sesuai ke buat bisnes dalam Shopee? “

Jawapannya adalah..

Jika tak ada modal langsung memang tak sesuai.

Walaupun korang hanya buat dropship. Tak simpan stok barang. Tak payah pos barang.

Eh..

Kenapa pulak?

Okay macam ni.

Dalam sistem Shopee, kalau ada order dari pelanggan, pihak Shopee akan ‘pegang’ duit pelanggan tu dulu sampailah barang tu selamat sampai ke tangan pelanggan.

Mereka akan semak berdasarkan status tracking number yang kita masukkan dalam Shopee.

Jadi, bila barang dah sampai, baru lah duit tersebut dilepaskan pada kita ( peniaga ), masuk dalam e-wallet dan boleh lah withdraw ke bank.

Jadi senang cerita macam ni..

Walaupun anda dah terima tempahan di Shopee, walaupun korang buat dropship, nak tak nak korang kena dulukan duit korang dulu untuk beli barang dan hantarkan pada pelanggan tadi.

Sebab macam tadi, duit korang tak dapat pun lagi.

Jadi, tak ada istilah dropship tanpa modal jika masuk dalam Shopee.

Kena ada modal juga dulu.

Sebab tu kalau mana-mana yang nak belajar pasal direct dropship dari China letak dekat Shopee aku sarankan kena ada modal dulu.. at least dalam RM500..

Modal untuk dulukan duit beli barang..

So, harap-harap artikel kali ni dapat membantu sikit.

Dan Nak Belajar cara dropship dari CHINA dan LETAK DALAM SHOPEE..

Jom TENGOK SINI

KLIK SINI UNTUK BELAJAR

okay, tu je perkongsian hari ni.

Semoga bermanfaat



Nak belajar cara Mulakan Bisnes di Shopee Secara PERCUMA?


Jom kami tunjukkan STEP by STEP caranya.
DAFTAR PERCUMA SEKARANG dan dapatkan Panduan STEP BY STEP Mulakan Bisnes Di Shopee
YA, STEP BY STEP dari awal buka akaun SAMPAILAH  Setting untuk letak dan jual PRODUK..

Opss… tunggu dulu.. kami juga akan berikan anda senarai 200 Top Produk List yang pernah LAKU KERAS di Shopee awal November tadi JUGA SECARA PERCUMA?

DAFTAR SEKARANG SEBELUM AKSES INI DITUTUP

November 19, 2018

16 responses on "Boleh Ke Nak Start Bisnes Tanpa Modal Dekat Dalam Shopee?"

  1. Saya dah buka akaun shopee untuk barang ready stock. Dah setahun saya mulakan bisnes..alhamdulillah dah lebih 300 pembeli ..dan sekarang setiap minggu ada saja pembeli masuk order. Sekarang saya nak belajar macam mana cara untuk dropship direct dari china. Harap ini boleh menambah lagi pendapatan sedia ada dishopee. Menunggu admin confirm pembayaran saya.

  2. info bermanfaat

  3. Nk Tanya, if saya jd silent Dropship sebagai contoh saya jual produk di Instagram dan sy gunakan kedai pilihan sebagai supplier boleh ke?

  4. Terima kasih, nampak gambaran macam mana nak mula buat bisnes di Shopee dengan pantas.

  5. Mcam mna nk buka account shopee

  6. Terima kasih, bagi info bermanfaat

  7. Terima kasih atas bantuan tentang belajar bisness dgn shoppee

  8. nak ambik barang borong terus dari china ,terus dari suppplier macam tu?

  9. Saya masih student…mcm mna sya nak cari suppliers utk dropship dan adakah percuma?

    • salam, banyak je yg tawarkan dropship sama ada percuma atau ada yuran yang rendah.. paling senang cari dekat dalam Facebook, tapi je dropship, nanti tengok lah post-post orang yg tawarkan dropship

  10. kalau in terms of postage, postage shopee murah berbanding postage yg dikenakan supplier..so, mcm mana tu?

    cth:
    Barang dari supplier: RM 50
    Postage: RM 8

    Kalau shopee postage mesti lagi murah kan, so mcm mana ye?

    • supplier direct pos pada customer ke? biasa untuk dapat free postage , kita yang pos sendiri pada customer,
      mungkin idea, cik kumpul order dulu.. then order pada supplier, mereka hantar.. then baru kita yang bahagikan
      untuk pos pada customer 🙂

Leave a Message

Your email address will not be published. Required fields are marked *

top
Hak Cipta Terpelihara 2018