Setup Menus in Admin Panel

Boleh ke Dropship nak apply Shopee Rebate Pos Laju?

Boleh ke Dropship nak apply Shopee Rebate Pos Laju?

Kebetulan ramai pula yang tanya, kalau buat dropship macam mana nak apply Rebate Pos Laju dari Shopee atau dengan kata nama lain Shopee Free Program ni ye?

Okay sebelum tu apa benda Program rebate ni?

Secara ringkasnya macam ni, shopee dengan kerjasama pos laju bagi kelebihan pada pengguna dekat shopee, dimana peniaga boleh apply rebate ni untuk membolehkan barangan dipos secara percuma.

Haa, pening..

Lagi ringkas.. Shopee bagi korang sebagai peniaga untuk apply benda ni, dan nanti boleh gunakan untuk pos barang, dan pos ditanggung oleh pihak Shopee.

LINK APPLY PROGRAM POS PERCUMA SHOPEE

Bila terima order, tinggal nak print je borang tu siap-siap yang dah ada Tracking Number Pos Laju, lepas tu, drop off je dekat pos laju berhampiran.

Kelebihan pada pembeli pula, mereka akan dapat free shipping, contoj korang letak barang harga RM35.

RM35 tu lah yang dibayar oleh pembeli, dan RM35 tu lah yang korang dapat tanpa nak perlu pikir nak tolak kos pos laju lagi.

Best kan?

Jadi, balik semua pada soalan atas.

Kalau buat dropship, boleh ke nak apply? Macam mana nak apply.

Soalan ni rata-rata yang tanya jenis yang buat dropship macam ni.

Dia letak barang dalam shopee, lepas tu bila ada order, dia terus submit ke supplier, supplier TERUS POS ke pelanggan.

Jadi, bila macam ni, mereka ni rasa tak boleh nak apply Shopee Rebate ni sebab nanti celah mana pulak nak print boring tu. Lepas tu nak update tracking number kan?

Tapi sebenarnya…

Apakata kalau korang twist and tweak sikit proses ni.

Buat macam ni.

1 – Letak barang dekat shopee

2 – Bila ada order, korang order je dari supplier letak alamat korang dulu.

Buat lah seminggu sekali atau kumpul banyak sikit order, jimat sikit kos pos

3 – Barang dah sampai, baru korang asing-asingkan dan pos semula ke pembeli, guna borang yang shopee bagi tu.

Kenapa aku cakap benda ni lagi jimat?

Okay,

Biasanya yang buat dropship diorang akan letak barang dan letak kos pos

Contoh harga barang RM30, lepas tu kos pos RM7.

Jadi, pelanggan pun bayarlah RM37

Bila ada order, diorang order dekat supplier harga kos barang + kos pos RM7 ( untuk supplier pos barang ke alamat pelanggan )

Satu barang pos ke pelanggan kena bayar supplier RM7

Selesai

Tapi, bila korang buat macam atas tadi tu…

Korang boleh letak macam ni..

Letak je harga barang terus RM37, bila pelanggan tengok dekat dalam shopee tulis free shipping.

So, korang dah ada lebihan RM7 untuk buat order dekat supplier hantar ke alamat korang.

Betul ?

Kumpul lah order dalam banyak-banyak sikit lepas tu order dekat supplier, makin banyak sebenarnya akan jadi jatuh lagi murah per item.

Contoh kalau 1 barang berat 500gram kos RM7, kalau 2 barang 1 kilo kos RM9. Jadi, jatuh RM4.50 je satu barang.

Jadi, makin banyak, korang dah jimat banyak dari segi kos order.

Lepas tu, barang dah sampai, korang nak pos semula ke pelanggan pun free je sebab shopee memang dah bagi rebate tu.

Print je borang, selesai.

So agak-agak, jelas tak benda ni?

Susah-susah nanti aku lukis.. haha

Tak jelas sangat baca lah berulang kali, pastu kalau rasa sesuai try lah apply.

Okay?

nanti kita sambung cerita benda lain pula pasal shopee ni

p/s : Nak belajar macam mana buat DROPSHIP dari CHINA letak dalam SHOPEE? JOM TENGOK SINI ( KLIK SINI )



Nak belajar cara Mulakan Bisnes di Shopee Secara PERCUMA?


Jom kami tunjukkan STEP by STEP caranya.
DAFTAR PERCUMA SEKARANG dan dapatkan Panduan STEP BY STEP Mulakan Bisnes Di Shopee
YA, STEP BY STEP dari awal buka akaun SAMPAILAH  Setting untuk letak dan jual PRODUK..

Opss… tunggu dulu.. kami juga akan berikan anda senarai 200 Top Produk List yang pernah LAKU KERAS di Shopee awal November tadi JUGA SECARA PERCUMA?

DAFTAR SEKARANG SEBELUM AKSES INI DITUTUP

November 19, 2018

16 responses on "Boleh ke Dropship nak apply Shopee Rebate Pos Laju?"

  1. biasanya tunggu suplier dari china pos ke malaysia melalui udara 1-2minggu dan laut 3-4minggu.

    kebanyakan customer tak boleh tunggu lama untuk dapatkan barang mereka.

    so macam mana nak settlekan masalah ni?

    • tu bukan masalah, sbb ada je customer yg sanggup tunggu lama. Dan dalam shopee pun memang boleh set pre order up to 30 hari. Jadi pelanggan ada pilihan, kalau mereka betul sanggup tunggu mereka akan order juga.

      Macam saya, semua barang saya set 30 hari, tp order di china seminggu dua dah sampai, jadi, pelanggan akan terima barang awal dari jangkaan mereka. Bagi elemen suprise pada mereka.

      Silap-silap boleh repeat order tu

  2. Terima kasih. Menarik cara twist tu. Tak terfikir pun 😀

  3. saya nak tanya..selama ni yang saya order barang tapi pre order dari china..maknanya seller yang iklan kan tu buat dropship ke?
    kebanyakan barang yang saya beli mesti dari china sebab murah-murah..so, seller yang jual tu memang buat dropship le kan sebab bila tengok progress delivery..saya macam pelik kenapa parcel kena hantar dari malaysia ke china then dari china patah balik ke malaysia?boleh tuan terangkan tak proses ni?sebab saya berminat nak berniaga di shopee

    Terima Kasih

  4. Salam admin sy da mendaftar free shp prgrm
    Dan sy dropshipper
    Supplier da post brg kpd cust sy
    Persoalan sy
    1) camne nak update number tracking?
    ( sbb sy kene drop off n choose ofis post yg dekat tuk pos sdgkn sy dropship)
    2). Klu brg da smpai pd cust nnt duit byran tu pihak shoppee transfer atau return pd cust?
    Sy kam xle nk update number track tu

    • klu yg free shipping tu KENA guna borg pos yg disediakan oleh shopee, kalau situasi supplier yg pos produk, tak blh kita guna yg free shipping tu, UNLESS dela dgn supplier, bila ada tempahan, kita bg mereka slip pos laju yg dah disediakan oleh shopee tu, minta supplier pos guna slip tu ( kalau supplier dalam malaysia lah ) sbb tu dalam post ni sarana kami, kumpul order, beli brg dari supplier dgn bulk order, pos ke almat sendiri dulu

  5. Hihihi dah mula pening.. Hahaha.. Kena bnyk. Membaca lg ni

  6. Macam mana dgn seller buat dropship dr china? Adakah seller dpt manfaat rebate free shipping from shopee? Sebab hanya buat dropship di dlm negara boleh guna waybill,dropship dr luar ngr tak dpt guna waybills.

  7. Adakah shopee bagi rebate postage fee utk seller yg dropship dr china ke shopee utk customer?

    • kalau direct tak blh, sbb kena guna borg pos laju yg shopee berikan tu, so sbb tu klu siapa yg ambik stok dari china kami sarankan pos kealamat sendiri dulu, lepas tu baru re packing satu2 pos semula

  8. Encik, bila kita da kumpul order, hantar ke alamat saya, packing semula untuk dipos ke customer, hantar semula kat pej pos tanpa apa2 bayaran ea. Saya xfaham part ni
    Tq

  9. Salam nak tnya.macam mana pula untuk harga pos ke Sabah Sarawak free juga ke?

Leave a Message

Your email address will not be published. Required fields are marked *

top
Hak Cipta Terpelihara 2018