APA PELAJAR UNIVERSITI NI BUAT SAMPAI UNTUNG RIBUAN RINGGIT SEBULAN ?

Zaman universiti ni bukan setakat zaman untuk dapatkan segulung ijazah.. setuju tak kalau saya katakan, zaman universiti adalah zaman yang best untuk buat duit ??

Cuba bayangkan, tinggal di universiti yang biasanya ada ribuan pelajar.. katakan ada 5 ribu pelajar di tempat anda, kalau anda dapat pastikan setiap seorang memberikan keuntungan RM 1 kepada anda, pasti tiap-tiap bulan anda dah dapat kaut RM 5000 keuntungan bersih. Ini Cuma contoh..

 

Ada bermacam-macam bisnes yang boleh diceburi semasa di alam universiti antaranya, servis printing nota, jualan makanan, jualan pakaian dan macam-macam lagi. Ada juga yang gemar berniaga di internet.

Dalam perkongsian ni, saya nak cerita pengalaman berniaga produk yang diborong dari china. Ini adalah pengalaman saya sendiri yang berniaga produk tersebut semasa di universiti beberapa tahun yang lalu.

 

Jual produk china ni memang best.. sebab harga dari sana sangat murah, nak poskan dari china ke Malaysia pun masih murah walaupun beli dengan kuantiti yang sedikit.. Pastu, nak jual semula pun boleh markup untung yang besar. 

Kalau modal tak besar pun boleh borong barang dari sana. Saya sendiri start dulu dengan modal dalam RM 100++ camtu je. Yelah, kita student, mana ada duit sangat nak borong banyak terus..

 

Macammana nak dapat ribuan ringgit dengan jual barang dari china ? Ini antara langkah yang saya buat.

1. Buka booth

Semasa di universiti dulu, boleh dikatakan setiap bulan pasti ada karnival atau program-program anjuran universiti ataupun persatuan. Setiap kali program, ada je booth jualan yang akan disewakan kepada kakitangan universiti dan juga kepada pelajar. 

Apa yang bestnya, bayaran sewa program didalam kampus untuk pelajar biasanya sangat murah kalau nak dibandingkan dengan sewaan booth jualan untuk event di luar universiti. Kadang-kadang boleh dapat sewa RM 5 je untuk sehari.. Bahkan, ada juga penganjur program yang berikan tapak jualan secara percuma. Cubalah sewa booth berkenaan untuk jual produk anda.


 

2. Masuk persatuan atau kelab

Kenapa nak masuk jadi ahli kelab ? Ramai yang tak ambil tahu pasal ni… sebenarnya tujuan utama saya aktif berpersatuan semasa di universiti adalah supaya dapat tambah ramai kawan-kawan baru. Bila rangkaian kenalan anda besar, semakin senang jugalah untuk  anda promosikan produk kepada kawan-kawan baru anda. Bukan tu je, bila dah habis belajar nanti, manalah tahu kot-kot ada kawan anda yang berniaga juga, mungkin boleh jadi partner bisnes anda nanti. Siapa tahu..

Selain tu, ahli persatuan biasanya boleh dapat harga sewaan tapak yang lebih murah. Ada special rate yang disediakan kepada ahli persatuan. Jimatlah duit anda nak sewa tapak jualan nanti.


3. Buat kad bisnes atau flyer produk

Teknik ni simple giler sebenarnya. Bila jumpa kawan-kawan baru, berikan bisnes kad anda supaya mereka tahu tentang produk anda. Student university ni jarang-jarang dapat bisnes kad daripada orang lain.. Jadi, bila dapat je bisnes kad terutama daripada kawan yang mereka kenal, biasanya mereka akan simpan bisnes kad tu dalam dompet atau beg mereka. Secara tak langsung, mereka akan lebih mudah ingat mengenai bisnes yang anda jalankan.


4. Jual Online.

Cara senang waktu tu, buat page FB dan IG untuk upload gambar produk korang. Promosikan page FB dan IG di internet dan juga kepada rakan-rakan kat universiti. Bila dah ada page FB, rajin-rajinkan diri share kat wall facebook personal anda tentang bisnes anda. Jangan lupa, add seramai mungkin kawan-kawan anda tu supaya mereka selalu lihat anda punya produk di wall anda.

Nak jual kat internet ni, ada banyak cara juga sebenarnya, nak cerita satu-satu kat sini memang panjang.. (Kat akhir artikel ni, saya bagi link untuk anda belajar cara nak jual produk kat personal profile FB anda.)


Ouhh yer.. lupa pula nak cerita macammana saya borong produk dari china ni.. Ada 2 cara yang selalunya pemborong di Malaysia gunakan untuk dapatkan stok barangan daripada china.

  1. Pergi ke china dan dapatkan maklumat pembekal di sana

  2. Beli secara online

Of course, cara pertama tu memerlukan bajet besar.. sebab nak booking tiket penerbangan, nak tempah hotel lagi, nak kena upah orang yang dah berpengalaman untuk bawa anda jumpa pembekal kat sana lagi.

Jadi benda ni saja dah makan ribu ribu ringgit.. belum lagi termasuk duit modal untuk borong produk kat sana lagi.. Masa pun banyak terbazir sebab nak pergi ke sana lagi pastu nak deal dengan sorang-sorang pembekal.. Penat woo…

Nak jimat dan mudah, guna je cara kedua iaitu beli dari online.. Cari je produk apa yang anda nak di online, pastu terus beli.. Dalam masa 2 minggu biasanya barang anda dah boleh sampai depan pintu rumah.. 

Kalau anda nak tahu macammana saya beli barang china secara online,

Sebenarnya, cara step by step ada di ajar dalam website BANTUMULA ini.

Di Bantumula, ada banyak panduan yang boleh bantu anda untuk belajar berniaga. termasuklah 

CARA ORDER DIRECT Dari CHINA dan PANDUAN MENJUAL DI FACEBOOK Profile, seperti yang saya cerita di awal tadi.

NAK TAHU LEBIH LANJUT, boleh tengok detail Premium bantumula.

 



Apa yang menariknya jika anda daftar sebagai Ahli di BantuMula?

Sebagai ahli premium, anda boleh akses kesemua COURSE PREMIUM di dalam BantuMula dan bukan hanya 1 tapi sehingga kini sudah ada BELASAN COURSE yang mengandugi RATUSAN VIDEO dengan berdurasi lebih PULUHAN JAM merangkumi pelbagai platform pemasaran seperti Instagram, Facebook, Shopee termasuk cara buat belian direct China dan lain-lain Tak cukup dengan tu, setiap kali course baru di tambah, Ahli Premium akan dapat update dan akses SECARA PERCUMA!

Berminat nak sertai Ahli Premium Di BantuMula?

Opss.. Buat masa ni pendaftaran keahlian ditutup.. Tapi, anda boleh isikan dulu nama dan email di bawah, nanti dah buka kami akan maklumkan pada anda
  • Isikan alamat email yg sah sebab semua update kami akan hantar melalui email
September 10, 2019

0 responses on " APA PELAJAR UNIVERSITI NI BUAT SAMPAI UNTUNG RIBUAN RINGGIT SEBULAN ?"

Leave a Message

Your email address will not be published.

top