Setup Menus in Admin Panel

7 Lubuk Dropship Kalau Nak Cari Produk Nak Jual Dekat Shopee

Hai, hari ni aku nak share beberapa lubuk atau port dekat mana korang semua boleh dapatkan produk atau barang kalau nak buat dropship dan lepas tu boleh lah jual dekat Shopee. Kalau nak jual dekat tempat lain pun tak kisah, dekat facebook ke, ig ke. Tapi jangan lah pulak korang jual dekat pasar malam, tak pernah lagi orang buat dropship jual dekat pasar malam.

Dan nama dropship kan, jadi, konsep dia, korang tak perlu nak simpan stok barang, nak packing barang apa semua.

Jadi, ni antara lubuk-lubuk atau port mana yang biasa orang ambik produk, dan jadi agen dropship.

1 – GM Klang, KL, Kenanga, Chow Kit.

Haa, dekat sini memang lubuk-lubuk pemborong dan pembekal dekat Malaysia, Memang ramai peniaga yang ambik barang dekat sini secara borong dan jual semula. Tak kisah lah di internet ataupun secara offline.

Tapi, walaubagaimana pun, sebenarnya, banyak kedai-kedai dekat sini yang ada tawarkan korang untuk jadi agen dropship. Siap ada yang ada website lagi. Korang boleh terus order dengan diorg, diorg yang akan hantarkan ke pelanggan.

Macam mana nak jadi agen diorang ni?

Pergi ke kedai-kedai dekat situ, dan tanya, ada buat dropship tak, nanti yang mana ada diorang akan bagitahu cara macam mana. Sebab  ada sesetengah ada website, ada yang ada blog, ada yang buat group dalam Facebook, whatapps, Telegram. Sebab tu kena tanya satu-satu. Lain owner, lain cara diorang uruskan agen dropship.

 

2 – Produk tempatan.

Kan sekarang ni trend semua orang nak jadi founder, jadi secara tak langsung, produk-produk tempatan ni tumbuh bak cendawan selepas hujan, tapi sekarang founder tak tak kira musim, musim durian pun ada je lahir produk baru.

Ada produk kesihatan, kecantikan, perfume, sampailah ke pakaian jenama tempatan. Jadi, korang boleh lah cari satu persatu yang mana yang femes-femes tu, tanya macam mana nak jadi agen dropship.

Sebab memang biasanya diorang mesti akan lantik agen. Mana nak cari? Korang boleh cari je FB Official atau IG offical atau website official mereka, dan terus tanya, nanti ada lah mereka bagitahu cara dan syarat-syarat nak jadi agen.

Tak tahu nak cari produk apa? Banyak kot produk tempatan yang femes, cari lah yang demand tinggi atau yang memang tengah trend sekarang, Lagi bagus kalau tengok HQ buat marketing besar-besarkan, lagi best jadi agen, sebab HQ dah tolong marketingkan .

Tak ada idea nak cari produk apa, korang masuk je FB IG tengok iklan apa yang bersepah keluar. Tak pun korang ambik kunci kereta, drive dari KL pergi Kedah, haa, tengok lah billboard sepanjang highway tu, kan banyak produk ada tu..

3 – Pembekal / Pemborong tempatan

Yang ni berlainan pulak dengan no 2 tadi, tadi produk macam kesihatan, kecantikan..

Yang ni hampir menyerupai no 1, Cuma kebanyakkan pembekal-pembekal ni, diorang tak ada kedai dekat GM, Chowkit dan sebagainya.

Ada banyak dah pembekal / pemborong tempatan ni, yang mana mereka ambil barang dari china, dan jual dekat sini.

Mana nak cari?

Cari je dekat Facebook atau Google, taip je nak jadi dropship… ha, nanti banyak lah keluar macam-macam produk..

Antara yang laris macam barangan bayi, pakaian, makanan pun ada jugak…

Kalau dekat google tus siap ada yang ada website lagi, senang, ada order je, terus key in dalam web, tak payah nak contact dan bagi tahu dalam wasap satu-satu barang kita order nanti.

4 – Kumoten

Mungkin ada yang pernah, mungkin ada yang tak.

Kumoten ni salah satu dari pembekal barangan dropship di malaysia  yang ada ribuan produk. Yang senangnya kumoten ni, dia boleh auto sync dengan akaun shopee korang kalau korang berniaga dekat Shopee.

Barang ni memang banyak, tapi terus terang aku cakap, harga agak mahal sikit berbanding luar. Tapi kalau nak cuba, boleh je, tak salah nak cuba, harga tu tak yah risau sangat sebab dekat marketplace ni, ada je yang sanggup beli harga mahal.

5 – Marketplace lain

Selain dari Shopee, kan ada banyak lagi marketplace dekat malaysia ni.

Ada lazada, 11street, lelong.

Jadi, salah satu cara lain adalah korang cari pembekal dekat marketplace lain ni, lepas tu letak listing korang dalam Shopee. Tak pun ada je yang memang offer jadi dropship diorang. Cuba buka lelong tengok. Banyakkkk…

Eheh… selain dari tu, dekat Shopee sendiri pun ada yang offer jadi dropship..

Haa, jual dekat shopee, tapi supplier pun ambik dekat shopee, macam mana tu..

Macam tu lahh…..

6 – MR DIY

Eh, Mr DIY pun ada buat dropship ke?

Tak pernah dengar pun..

Tapi Mr DIY pernah dengar kan? Dah bersepah kedai dia dekat malaysia ni. Bukan kedai je bersepah banyak, silap silap hari, korang masuk kedai dia pun bersepah.. maksud aku barang tak tersusun, sama ada sebab staff tak sempat susun atau sebab customer macam jilake ambik barang tak reti nak letak balik, main tinggal je dekat rak mana-mana.

Ha, bila masa plak MR-DIY buat dropship.

Takde takde.. dia gini..

Korang buat konsep gini, korang letak je barang-barang apa yang ada jual dekat Mr Diy tu, lepas tu, tiba-tiba ada orang  order kan… korang pergi lah kedai dia, beli barang tudan pos ke pelanggan. Haa, lebih kurang konsep dropship lah juga, Cuma shipping uruskan sendiri, tapi masih lagitak pengan stok barang, ada orang order, baru kita beli barang tu.

Tapi make sure lah yang barang tu sentiasa available, tapi kalau habis dekat satu cawangan tu sebenarnya korang boleh je request untuk dapatkan produk tudari cawangan lain, Cuma munkin ambik masa sikit.

Dan make sure juga barang yang korang nak jual tu barang yang biasa-biasa, yang tak ada COP atau LOGO DIY. Karang silap-silap, buat malu kantoi bodoh je dengan customer, beli ambik dekat DIY.

7 –  Dropship Direct Dari China

Eheh… dari china?

Yupp….. terus dari china.. macam 6 port atas ni, ni semua pembekal tempatan.

Jadi mungkin ada sedikit kekangan dari segi stok, mana lah tahu tiba-tiba satu hari korang hujan, order, banyak tapi bila nak order dari supplier, rupanya dia pun habis stok..

Dah terpaksa cancelkan order.

Ye lah, kadang-kadang supplier sini pun bukan simpan stok banyak pun.. Tak pun awal-awal dah kena rembat dengan jerung-jerung lain yang memang kaki niaga jugak.

Jadi, salah satu port best korang sebenarnya boleh ambil terus dari China tanpa perlu pergi ke sana.

Sekarang kan zaman internet, semua boleh order online je.

Dah  la tu, pilihan barang MasyaAllah punya lah banyak.. tinggal korang je pilih nak jual apa.. banysk yakmat.. puluhan ribu jenis produk.. harga plak, of coz lah lagi murah sebab orang sini pun ambik sana kan..

Bab stok, jangan risau, kalau tak direct kilang pun, supplier biasa pun diorang boleh ambik bila-bila masa je dair kilang diorang kalau ada order. Jarang lah dekat sana stok tak ada, kalau satu supplier tak ada, ada ramai lagi supplier yang jual barang sama.

Sekarang ni  pun, dah cepat, barang dari sana silap-silap dalam seminggu dah sampai..

Haa.. best kan… barang pilihan banyak, harga murah, jual pun boleh untung lebih..

Amacam? Rasa tamak tak.. ke rasa nak belajar lagi detail macam nak buat dropship dari china ni, ye lah, biasa dropship tempatan je kan.. kali ni ambik supplier terus, silap-silapdapat terus kilang… lagi power, mungkin satu hari nanti, korang pulak boleh simpan stok sendiri dan offer orang lain plak jadi agen dorpship korang..

Kalau ada rasa nak belajar lagi detail tu, jom lah baca next post ni..

KLIK SINI UNTUK BELAJAR CARA DROPSHIP CHINA KE SHOPEE…

 



Nak belajar cara Mulakan Bisnes di Shopee Secara PERCUMA?


Jom kami tunjukkan STEP by STEP caranya.
DAFTAR PERCUMA SEKARANG dan dapatkan Panduan STEP BY STEP Mulakan Bisnes Di Shopee
YA, STEP BY STEP dari awal buka akaun SAMPAILAH  Setting untuk letak dan jual PRODUK..
Opss… tunggu dulu.. kami juga akan berikan anda senarai 200 Top Produk List yang pernah LAKU KERAS di Shopee awal November tadi JUGA SECARA PERCUMA?

DAFTAR SEKARANG SEBELUM AKSES INI DITUTUP

Nota : DAFTAR SEKARANG SEBELUM AKSES akan DITUTUP bila-bila masa sahaja
December 19, 2018

1 responses on "7 Lubuk Dropship Kalau Nak Cari Produk Nak Jual Dekat Shopee"

  1. Assalamualaikum.saya dah daftar.cuma nak cari supplier yg bleh bekalkan pelbagai produk.

Leave a Message

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hak Cipta Terpelihara 2018