Setup Menus in Admin Panel

7 Benda Biasa Yang Orang Buat Silap Bila Nak Start Bisnes.

Salam, Hai kawan-kawan,

Okay hari ni nak share pasal benda-benda biasa yang RAMAI orang buat silap lagi-lagi bila nak start buat bisnes,  nak tau? ok Komen nakkkk..

huhu takde la..

Boleh teruskan baca sampai habis. Yer sampai habis yer, kalau tak habis.. Memang terang lagi nyata yang kesalahan no.3 tu korang dah buat.

Jom baca, dan jangan lupa share kat kawan-kawan yerkkk..

1. Mindset Bisnes Perlu Modal Besar

Haa mindset ni memang termasuklah kena pada diriku dulu. Duk fikir nak kena ada modal yang riban-riban untuk buka bisnes.

So, bila duk fikir pasal nak cari modal besar.. duk tangguh nak mula bisnes, Dan kalau mula pun dengan modal yang kecil sekali gus momentum kerja akan down, kenapa?

Sebab mindset orang nak niaga hampir sama iaitu PERLU MODAL BESAR.. untuk nampakkan kita buat bisnes yang gah..padahal untung dari situ masih lagi kelaut.

Sebenarnya banyak lagi idea untuk mulakan bisnes dengan modal kecil atau tanpa modal, cuma kita jer taknak explore.. kan??

2. Fokus Banyak Benda

Fokus pada semua benda, Semua rasa nak buat, siap fokus pada benda yang tak sepatutnya fokus…haiya

last-last.. Rasa macam banyak nya kerja aku, kena buat itu ini, tapi jualan tak masuk-masukan gak.

Nak contoh?? Okey boleh… contohnya,

Kita nak niaga produk kesihatan, Sabun XYZ untuk hilangkan jerawat. Kita sebagai agen untuk jualkan sabun nie, tapi kita juga fokus untuk cari cara buat sabun sendiri, camno tu??

Padahal nak jual sabun XYZ tu pun belum reti lagi, dan  sifat tamak haloba yang level tertinggi,

“klu aku ada produk sendiri mesti aku lagi cepat kaya”..heheh.

Tips: kalau baru nak mula niaga tu, jangan duk kalut nak ada produk sendiri, tapi CUBA jual dulu produk orang , sebab Skill menjual produk perlu ada sebelum buat produk sendiri. boleh?

 

3. Sibuk Urus Jualan, Tapi Hasil Tarak

Huhu masyuk… duk rasa cam masyuk sebab sibuk urus jualan hari-hari, tapi last-last tak dapat apa-apa, nak gajikan diri sendiri pun tak cukup, padahal nampak jualan masuk hari-hari.

Kat mana silap nya??

Jawapan dia A,

apa yang A, A for Aku,

Aku pun tak tau..huhu.

takder la, kesilapannya, kita GAGAL urus keluar masuk duit.

Duit Bisnes+Duit sendiri masuk pada pocket yang sama, modal berniaga kita pi beli barang dapur, untung niaga kita pi bayar bill rumah. Sepatutnya kita kena isi dlm poket yang berlainan.

Tips: Sentiasa catit keluar masuk duit untuk memudahkan kita nampak cashflow bisnes kita. Boleh kan?? 😀

         

 4. Suka Tangguh Kerja.

Haaaa nie satu lagi masalah, termasuklah orang yang dah lama buat bisnes pun ada buat, tapi bukan semua yer.

Tangguh kerja??

Kerja apa?? Ini bukan kerja sekolah yer..

Ini kerja atau aktiviti yang sepatutnya kita buat untuk melancarkan bisnes kita. 

Sebagai contoh, dapat satu idea bisnes nak jual stoking herba untuk hilangkan bau kaki + merawat masalah kulit kaki.

Ok, Idea dah ada, tapi belum buat apa-apa, hanya idea semata-mata dan hasil nye mana?? Tarakkkk….haiya

Contoh lainnya, Kita dah join satu bisnes nie, dan jadi agen mereka.

Semua bahan pemasaran diberikan dan tinggal kita nak buat jer..

Tapi sikap suka tangguh..

Ala esok la.. Lepas esok esok…

bila produk tu dah meletop di pasaran.. Mula la cakap..

market dah tepu la, ramai orang dah jual..malas la banyak pesaing nie..

Erm.. (adakah anda begini??? heheh)

 5. Buat separuh jalan (lompat bisnes)

Okeh, baca tajuk pun dah faham rasanya..

huhu ok la, kita hurai skit.

Sekarang nie banyak sangat peluang bisnes yang boleh kita buat.

Contohnya Cik Kiah(bukan nama sebenar) jadi agen untuk produk kesihatan, baru nak cuba bisnes tu, tertengok plak peluang bisnes produk lain datang,

“ wah, seorang usahawan yang berjaya takkan lepaskan peluang nie “ kata cik kiah dalam hati,

maka bermula la cerita bisnes lompat-lompat, bulan nie buat bisnes A,

bulan depan buat bisnes B dan sampai la bisnes Z.

 

6. Fokus Pada Masalah Sahaja

Focus solusinya

Semua bisnes ada masalah, tapi kesilapannya adalah terlalu fokus pada masalah semata-mata.

Sebagai contoh, nak mula bisnes, tapi duk fikir:

– nanti macamana nak pos barang nanti?,

– macamana kalau kena tipu ?

– macamana kalau tak laku, macamana kalau itu ini?

Bila kita terlalu fikir pada masalah tu, akan buatkan kita slowdown dalam bisnes atau terus stop..huhu,

Sepatutnya kita kena fikir  jalan penyelesaian bukan fikir masalah tersebut.

 

7. Guna ilmu pemasaran yang tak sesuai dengan bisnes.

Bantumula

Ini kesilapan yang sering orang baru buat, terlalu mengejar untuk belajar ilmu pemasaran yang kadang-kadang ilmu tu tak sesuai untuk bisnesnya,

Sebagai contoh,

Si Fatahamin buat bisnes jual produk kerepek, lepas tu dia pi belajar email marketing,

Dia tak tahu yang mana tak semua bisnes boleh jalan dengan semua ilmu pemasaran.

Yang kesian yer si Fatahamin nie, siap join kelas advance lagi. Last-last tak dapat guna ilmu tu..kesian dia, jangan jadi cam fatahamin tau kawan-kawan..huhu

Dan ni lah salah satu sebab kenapa team bantumula.com adakan course-course pemasaran basic seperti instagram,facebook profile, borong china dan banyak lagi (akan diupdate secara berperingkat).

Kat sini si fatahamin akan boleh belajar secara basic semua ilmu pemasaran dan boleh nilai yang mana sesuai dengan bisnes beliau.

Maybe korang boleh tahu secara detail project bantumula.com nie dan boleh terus tengok di sini ->

www.bantumula.com (KLIK SINI)

jelas? 😀

Jangan lupe LIKE dan SHARE pada rakan-rakan anda yer, semoga bermanfaat

Okeh bereh



Nak belajar cara Mulakan Bisnes di Shopee Secara PERCUMA?


Jom kami tunjukkan STEP by STEP caranya.
DAFTAR PERCUMA SEKARANG dan dapatkan Panduan STEP BY STEP Mulakan Bisnes Di Shopee
YA, STEP BY STEP dari awal buka akaun SAMPAILAH  Setting untuk letak dan jual PRODUK..

Opss… tunggu dulu.. kami juga akan berikan anda senarai 200 Top Produk List yang pernah LAKU KERAS di Shopee awal November tadi JUGA SECARA PERCUMA?

DAFTAR SEKARANG SEBELUM AKSES INI DITUTUP

November 19, 2018

1 responses on "7 Benda Biasa Yang Orang Buat Silap Bila Nak Start Bisnes."

  1. kena batang hidung sendiri

Leave a Message

Your email address will not be published. Required fields are marked *

top
Hak Cipta Terpelihara 2018