6 Punca Produk Korang Tak Laku Di Shopee

6 Punca Produk korang tak laku di Shopee

“ Adui, shopee dah buka akaun, barang dah banyak masuk.. Takkan takde sorang pun beli barang aku nie.. “

– kata Leha kepada Leman

Maka Leman pun berkongsi dengan Leha : Punca Produk Tak Laku di Shopee

Note : Sekiranya korang ada masalah sama.. Jom baca sampai habis.. Penat den tulis nie.

Okeh meh sini nak kongsikan “6 Punca Produk korang tak laku di Shopee” . Jom kita semak satu per satu.

.


1- Gambar Produk Sama Dengan Pesaing.

Kita tengok gambar di atas, apa kelainannya? Ini untuk carian “Kasut” , rata-rata gambar kasut dan kaki berkasut. Rujuk anak panah : tengok bezanya… ada gambar orang(berlainan).

Ini akan menarik perhatian prospek kita untuk tengok dan klik produk kita.

Mencari kelainan dari pesaing, bermakna kita dah lebih setapak ke hadapan daripada mereka.


2- Tak Apply Poslaju

Benda ni mungkin ramai dah tau, tapi ramai yang tak buat lagi…hehe

Terutama sesiapa yang buat dropship. Katanya tak boleh nak guna, sebab buat dropship je.

Meh saya bagi contoh,

Sebenarnya, bila akaun anda diaktifkan, prospek masuk tengok produk, mereka akan nampak logo free shipping tu

Ha,, benda ni lah yang boleh tarik minat prospek nak membeli, ye lah dapat free shipping kan.

Mungkin ini menjadi faktor yang buat kita gagal dapat jualan.. kan?


3- Tak Mengunakan Marketing Centre Sepenuhnya

Kat mana nak cari Marketing Centre nie??

login akaun shopee korang, dan bahagian atas kiri korang ada “Seller Centre” lepas tu korang klik situ.

Nie haaa bahagian “Marketing Centre” korang boleh godek-godek sini terus untuk belajar buat promosi kat shopee.

Dan kalau korang nak lagi MUDAH dan SENANG???

.

Nie ada panduan video untuk korang belajar step by step dengan video.. MUDAH JERRR

Meh tengok sini -> www.bantumula.com/shopee


4- Jumlah Follower Di Shopee Sama Banyak Dengan Jari Anda.

Kenapa perlu ada follower?? Antara kegunaan follower nie bila anda boost produk anda di Shopee.

Maka TERPAPAR pada follower, kerana Shopee memberi  KEUTAMAAN pada FOLLOWERS anda terlebih dahulu.

kalau Followers kita pun sedikit dan lebih kurang bilangan jari kita jerr, ramai yang follow pun pekedai juga, agak-agak, sejauh mana berkesan untuk kita dapat sales.

Boleh?

Oh ya.. nie ada satu Artikel untuk korang baca sampai habis camner nak naikkan follower –

KLIK SINI (Cara Naikkan Targeted Followers Di Shopee )


5-Keyword terlalu general

Okay, korang jual apa? Contoh : Jual Baju Tidur.

Cuba detailkan lagi..

Baju Tidur Pajamas Sleepwear Nightdress (contoh)

Makin banyak keyword yang kita letak, makin bagus, tapi pastikan keyword itu berkaitan dengan produk kita yer.


6- Produk Tak relevan

Adakah produk yang kita letak di shopee, ada permintaan?? Chek balik produk kita..

Produk yang ada permintaan dari market, akan lagi mudah untuk kita jual.

Pastikan kita kenal pasti produk yang hot di shopee 🙂


Orait..

Alhamdulillah dah clear untuk “6 Punca Produk korang tak laku diShopee” dan saya nak tekankan sikit yang berkenaan mencari FOLLOWER di Shopee, sebab ini membantu untuk anda bila boostkan product untuk lebih ramai orang tengok 🙂

Jom baca artikel sini sampai habis KLIK SINI (Cara Naikkan Targeted Followers Di Shopee )

tag : Cara Naikkan Targeted Followers Di Shopee



Apa yang menariknya jika anda daftar sebagai Ahli di BantuMula?

Sebagai ahli premium, anda boleh akses kesemua COURSE PREMIUM di dalam BantuMula dan bukan hanya 1 tapi sehingga kini sudah ada BELASAN COURSE yang mengandugi RATUSAN VIDEO dengan berdurasi lebih PULUHAN JAM merangkumi pelbagai platform pemasaran seperti Instagram, Facebook, Shopee termasuk cara buat belian direct China dan lain-lain Tak cukup dengan tu, setiap kali course baru di tambah, Ahli Premium akan dapat update dan akses SECARA PERCUMA!

Berminat nak sertai Ahli Premium Di BantuMula?

Opss.. Buat masa ni pendaftaran keahlian ditutup.. Tapi, anda boleh isikan dulu nama dan email di bawah, nanti dah buka kami akan maklumkan pada anda
  • Isikan alamat email yg sah sebab semua update kami akan hantar melalui email
December 21, 2018

0 responses on "6 Punca Produk Korang Tak Laku Di Shopee"

Leave a Message

Your email address will not be published.

top