6 Lubang Murah Borong Terus dari China

Salam, Hi.. jom saya nak share dengan korang 6 lubang Murah Borong  Terus dari China. Sekarang dah ramai yang duk cari-cari produk yang ada potensi untuk jual, tapi tak tau nak ambil kat mana.

Maka tercetus la artikel ini, mudah-mudahan dapat bantu anda untuk buat pilihan yang lebih balik, insyAllah info dalam artikel ini dapat bermanfaat untuk anda.

Ready??? jom…

1- Dhgate.com –

Ini adalah laman web yang menyediakan produk-produk dari China untuk market luar, dengan kata lain,orang luar dapat membeli terus dari china melalui web ini.

Note :

DHGATE himpunkan produk-produk borong daripada “certified seller” yang boleh buat penghantaran seluruh dunia. Dan harga serendah 0.1 USD.

Jadi, di DHgate ini senang cakap, mereka  sediakan tempat yang mana pembeli sendiri boleh hubungi pembekal terus dari China.

Urusniaga dalam nie adalah dalam USD dan web utama mereka dalam Bahasa English

So, agak senang untuk korang gunakan web nie, cuma harga barang dalam USD la..huhu

2- Made-in-china.com

Web ni pun dalam bahasa english. So, senang juga untuk kita buat belian kat web nie. Dan ramai juga peniaga di Malaysia yang ambil barang sini sebab lebih mesra kepada pembeli dengan supplier. Dan setakat ni ada 27 kategori dan boleh translate terus dalam 11 bahasa.

Sama seperti DHgate, dalam bahasa english, cuma sedikit Mahal la..huhuh sebab dalam USD

 

3- Ali Express

Okey, ini pulak di Ali Express, website ni dibawah Alibaba Group dan AliExpress nie boleh di akses dengan banyak bahasa, termasuklah dalam bahasa melayu

Dan berurusan juga dalam USD. dekat sini ramai juga peniaga-peniaga dari Malaysia, sebab dah murah dah. Nak ambil satu-satu unit pun boleh.

4- Ali Baba.com

Dan di Alibaba nie pula, Ada 17 negara yang menjadi supplier di Alibaba  dan Malaysia salah satu supplier di web ini.

Okay , cuma di Alibaba nie untuk satu-satu produk ada MOQ (Minimum Order Quatity) , ini bermaksud ada minimum order yang perlu kita order untuk mendapatkan harga yang mereka tawarkan.

Dan berurusan juga dalam USD.

Alibaba.com juga sediakan untuk kita lebih dari 40 kategori utama termasuk la barang elektrik , pakaian dan macam-macam lagi ada. Kalau korang dah tau nak order barang apa, boleh hubungi supplier dah berurusan terus dengan mereka.

5- Taobao.com

Dekat web nie pula, agak femes dikalangan peniaga, sebab produk dia murah berbanding web lain di atas, yerla.. Dalam yuan kot.. Nak beli satu-satu pun boleh, nak beli banyak pun murah lagi.

Cuma web ini dalam Bahasa Chinese, dan jangan risau, kita boleh translate bahasa english.

Barang dalam harga yuan yer.. So murah lerrr dibanding dengan USD

6- 1688.com

Orait dekat web ini pula, kalau nak beli, kena ada MOQ sebab memang untuk pemborong, cuma ada jer produk yang boleh beli satu-satu. Web dalam bahasa chinese dan urusniaga dalam yuan. Cuma untuk pembelian , anda tidak boleh beli terus , dan perlukan ejen atau shipping company yang sedia ada. .

=======

KESIMPULAN, MANA LAGI MURAH?

Orait, secara keseluruhanya, 6 lubang borong terus dari china ini , sebenarnya dah murah dah berbanding diluar sana.

Dan Cuma yang paling murah antara 6 website ini, adalah Taobao dan 1688.

Antara taobao dan 1688, mana lagi murah?

1688 lagi murah, Tapi ada produk tertentu perlu ada MOQ dan kita tak boleh beli sendiri.

Untuk membeli di 1688, perlu ejen atau guna shipping company biasa kita guna.

Dan Di taobao pula, boleh beli terus dan kalau boleh nego dengan supplier di sana pun akan dapat lagi murah dan taobao dah sediakan shipping company untuk kita dah. Jadi lagi mudah kan?

Sekiranya korang masih belum cuba order barang terus dari china, saya cadangkan dapatkan bantuan step by step untuk order terus dari china dan boleh belajar melalui video.

Di Bantumula, untuk “pakej video Mudahnya Shopping China Secara Online” adalah untuk premium member sahaja, untuk lebih detail berkenaan ini:

(KLIK SINI-PREMIUM MEMBER)

Follow Facebook Page Kami :

 



Apa yang menariknya jika anda daftar sebagai Ahli di BantuMula?

Sebagai ahli premium, anda boleh akses kesemua COURSE PREMIUM di dalam BantuMula dan bukan hanya 1 tapi sehingga kini sudah ada BELASAN COURSE yang mengandugi RATUSAN VIDEO dengan berdurasi lebih PULUHAN JAM merangkumi pelbagai platform pemasaran seperti Instagram, Facebook, Shopee termasuk cara buat belian direct China dan lain-lain Tak cukup dengan tu, setiap kali course baru di tambah, Ahli Premium akan dapat update dan akses SECARA PERCUMA!

Berminat nak sertai Ahli Premium Di BantuMula?

Opss.. Buat masa ni pendaftaran keahlian ditutup.. Tapi, anda boleh isikan dulu nama dan email di bawah, nanti dah buka kami akan maklumkan pada anda
  • Isikan alamat email yg sah sebab semua update kami akan hantar melalui email
August 28, 2020
top