Setup Menus in Admin Panel

3 Trick Cara Cari Barang Dalam Website China. No 3 ni Mesti Korang rasa Nak Tepuk Dahi Member!

Senang Giler Nak Cari Barang Dekat Website China ni.

Ramai yang kata antara benda yang susah nak buat bila nak beli barang dekat website China ni, selain dari proses order adalah proses nak cari barang.

Ye lah, dah lah dalam tulisan Cina kan?

Jadi, kali ni aku nak share dengan korang 3 teknik yang awesome macam mana korang boleh buat carian dengan mudah.

1 : Carian guna Keyword dalam Bahasa Cina.

Ni senang, konsep dia sama je macam korang nak cari barang dekat web-web biasa sama ada melayu atau english, contohn ya nak cari barang dalam Lazada kan.

Mestilah korang akan cari berdasarkan keyword tertentu macam baju tidur, nightdress kalau dalam bahasa English.

Jadi, benda yang sama, cuma, bila website China ni dalam bahasa Cina, korang kenalah cari keyword tadi dalam TULISAN CINA juga.

Jangan risau, tak payah nak pergi kelas apa semata nak belajar tulisan.

Guna je Google Translate, tapi keyword, lepas tu copy paste balik.

Senang kan?

2 : Cari berdasarkan No Model Atau Jenama Barangan tertentu.

Untuk sesetengah barangan berjenama, memang senanglah korang nak cari, contoh macam Samsung, ada pulak no model lepas tu nak cari casing untuk Samsung Note 8, jadi guna cara no 1 macam dekat atas, gabungkan dengan Nama dan No model tadi.

Translate keyword casing tadi ke tulisan cina, lepas tu tambah hujung Samsung Note 8.

Kan lagi tepat carian tu.

 

Tapi ada sesetengah barang pula yang mungkin tak ada jenama, tapi ada no model.

Contoh baru ni spare part mesin basuh aku rosak, nak beli dekat malaysia harga jual saja RM120.

Last-last aku cabut sendiri, tengok no model spare part tu, dapat lah dekat China harga 35 yuan je. ( 35yuan tu bersamaan lebih kurang RM25 )

Jimat banyak wooo

3 : Cari guna gambar

Haa, ni paling best tapi tak ramai yang tahu.

Ada sesetengah web China ni dah canggih, tak payah nak taip-taip.

Upload je gambar, lepas tu automatik kelaur carian berdasarkan gambar tu.

Silap-silap korang boleh jumpa gambar yang sama lagi-lagi kalau korang buat dropship lepas tu supplier korang pun guna gambar dari supplier..

Lepas tu yang lagi best siap jumpa supplier dia dekat mana.

Cool kan?

Okay selamat mencuba.

Aku nak sambung menyelam dalam lubuk-lubuk barang cina ni, untuk projek bulan puasa.

Babai..

P/s : Nak belajar STEP BY STEP beli barang dari China secara online dengan MUDAH?

Jom tengok sini : www.bantumula.com/directchina



Nak belajar cara Mulakan Bisnes di Shopee Secara PERCUMA?


Jom kami tunjukkan STEP by STEP caranya.
DAFTAR PERCUMA SEKARANG dan dapatkan Panduan STEP BY STEP Mulakan Bisnes Di Shopee
YA, STEP BY STEP dari awal buka akaun SAMPAILAH  Setting untuk letak dan jual PRODUK..

Opss… tunggu dulu.. kami juga akan berikan anda senarai 200 Top Produk List yang pernah LAKU KERAS di Shopee awal November tadi JUGA SECARA PERCUMA?

DAFTAR SEKARANG SEBELUM AKSES INI DITUTUP

November 19, 2018

3 responses on "3 Trick Cara Cari Barang Dalam Website China. No 3 ni Mesti Korang rasa Nak Tepuk Dahi Member!"

  1. No 3 tu baru tahu… Saya nak tepuk dahi ni, siapa nak bagi dahi dia? 😂

  2. HI NAK TANYA MACAM MANA PULA NAK TAHU HARGA DALA RM ? DAN MACAM MANA CAA BAYAR ?

Leave a Message

Your email address will not be published. Required fields are marked *

top
Hak Cipta Terpelihara 2018