Setup Menus in Admin Panel

3 Faktor Berkesan Hasilkan Untung 4 Angka Dekat Shopee

Hai, dah lama aku tak post dalam Blog Artikel ni.

Jadi, untuk post kali ni, since aku tengok dah mula ramai yang menjual dekat shopee dan ada banyak juga panduan Shopee yang ada dekat luar sana, ada jugak rakan-rakan sini yang tanya, betul ke senang je buat untung dekat shopee ni?

Dah ramai giler orang yang jual dekat shopee lah pulak..

Macam mana nak buat untung at least 4 angka kan?

Jom kita bincangkan apa faktor-faktor yang aku sendiri nampak dan lalui bila nak buat untung ( BACA : UNTUNG ) bukan sales ye… anggaran 4 angka sebulan dekat Shopee ni walaupun orang cakap dah ramai pesaing.

Maka, terhasilkan artikel yang bertajuk sedikit klise ni :

3 Faktor Berkesan Hasilkan Untung 4 Angka Dekat Shopee.

Faktor Pertama :

Jual produk yang ada demand / Permintaan

Yezaa.. benda ni memang common sense lah kan, nak jual barang dekat marketplace ni memang mudah jual produk yang memang ada tinggi permintaan.

Sebab kita kena faham asas utama, marketplace ni terutama shopee, orang masuk, memang nak cari barang dan mereka tahu ap[a barang yang mereka nak beli.

Jadi, kalau korang jual produk yang permintaan pun tak ada atau orang tak cari dekat shopee memang tak lakulah, kalau laku pun mungkin tak banyak.. susah nak kejar untung sampai 4 angka tu..

Produk sendiri atau produk local… boleh ke jual walaupun brand tak kuat?

Boleh, asalkan keyword tu kena..

Contoh penawar kencing manis, turunkan kolestrol.. yang ni masih releven, ada orang cari..

Tapi contoh kalau letak jual Spare Part Lift memang susahlah orang nak cari kan.

Antara contoh item tinggi demand dekat Shopee ni antaranya adalah pakaian, kasut, aksesori….

 

Faktor Kedua  :

Banyakkan pilihan produk dalam satu store

Apa maksudnya banyakkan produk?

Senang nak bagi contoh macam ni, kalau kita pergi kedai runcit, asalnya nak beli kicap je kan, tapi lepas tu pergi dari satu rak ke satu rak plak, nampak megi lah, nampak cekelat lah, nampak jajan lah.. last-last.. dari plan nak beli 1 barang, terus satu bakul sampai kaunter?

Nampak tak?

Jadi, sama je kalau buka store maya ni, pelbagaikan dan banyakkan produk dalam kedai / store anda, sebab ada juga sesetengah yang jenis suka cuci mata masuk dan tengok item satu-satu, last-last dari nak beli satu je, sangkut lagi dua tiga..

Haa, lagi besar lah profit kan kalau mereka beli banyak item?

Setuju?

Nak lagi cepat tarik pelanggan supaya beli banyak produk dalam kedai kita, buat satu kod voucher, kalau beli atas sekian-sekian atau beli beberapa item, dapat diskaun sekian-sekian…

Jadi, contoh kalau jual pakaian, kasut semua tu, banyakkan jenis-jenis.. design… kan ada banyak tu..

 

Faktor Ketiga :

Jual barang mahal margin tinggi

Wah… macam mana plak tu?

Okay, ramai orang yang jual baraqng dekat shopee semua kalau boleh nak jula barang-barang murah kan.. untung adalah seringgit dua satu item..

Kalau memang dah rating tinggi, atau store well known, tak de masalah, tapi kalau baru-baru, jenuh weh nak kejar 4-5 angka sebulan kalau jual produk kecik-kecik untung singgit dua ringgit.

Sedangkan kalau perasan, banyak atau ramai je yang jual produk-produk mahal macam gadget, aksesori computer dekat Shopee ni, harga pun ada yangcecah ribu-ribu kan.

Okay, kaalu cerita bab produk harga mahal ni ( BACA : Harga tinggi ), of coz lah margin yang akan dapat pun secara logik tinggi jugak, koman-koman 1 item RM50 untung.. jadi, nak kejar ke 4 angka tu lebih cepat berbanding yang untung sen sen terutama bagi peniaga baru.

Apa produk mahal tapi senang jual dan senang cari supplier?

Salah satunya adalah…..

Pakaian, kasut. handbag, bag… haa, kategori ni memang ada je yang jenis mahal-mahal harga ratus-ratus.. dan memang tinggi permintaan…

So, amacam?

Dah dapat sikit idea apa yang nak jual dekat Shopee tapi menguntungkan?

Nak belajar cara Dropship Barang Dari China Dan Letak dalam Shopee?

Dekat China ni ada banyak pilihan produk tau…

Dari harga yang murah dan boleh jual mahal pun ada banyak…

Jom tengok Panduan Cara Dropship Barang Dari China Dan Letak dalam Shopee

 

KLIK SINI UNTUK PANDUAN SHOPEE 5 ANGKA NI

January 10, 2019

0 responses on "3 Faktor Berkesan Hasilkan Untung 4 Angka Dekat Shopee"

Leave a Message

Your email address will not be published. Required fields are marked *

top
Hak Cipta Terpelihara 2018