3 CARA SANTAI GILER BUAT 4 ANGKA SECARA PART TIME

Mesti korang tengah tercari-cari kan macammana cara nak buat duit extra tiap tiap bulan ?

Mana taknye, harga barang asyik naik, tapi gaji kita asyik tak naik-naik kan ?

Sebenarnya banyak cara nak berniaga untuk tambah pendapatan, Anda boleh berniaga di FACEBOOK, di Instagram.

Tapi kat sini, saya nak cerita Cara Santai bisnes untuk part time menggunakan Platform SHOPEE.


Ala.. kenapa asyik shopee jerr??..

Nak tahu kenapa bestnya berniaga kat shopee ?

1. Jualan berlaku secara automatik. Korang setup je akaun shopee, nanti tiba-tiba je ada pelanggan
order barang korang walaupun masa tu korang tengah tidur.

2. Bakal pelanggan yang ramai. Setiap hari ada lebih sejuta orang yang buka apps shopee untuk
survey barang. Kalau ada rezeki, tengok je barang korang, diorang terus order je.

3. Senang nak setup akaun shopee. Cukup korang tahu sikit sikit je ilmu teknikal pasal shopee ni,
terus boleh setup akaun untuk jual barang kat sini. Tak perlu pening kepala.

 

Tapi, boleh ke nak urus kedai shopee ni walaupun sibuk bekerja ? Saya faham, bukan senang nak buat
semua benda bila masa terhad.

Jadi, kali ni nak share 3 teknik mudah buat 4 angka sebulan secara sambilan di shopee.

Artikel ni untuk orang yang baru nak start berniaga kat shopee je.

Kalau Anda dah biasa berniaga kat shopee, cuba baca artikel ni -> KLIK SINI -MESIN DUIT SHOPEE


Orait, Jom kita teruskan :

STEP 1 : SETUP AKAUN SHOPEE

Buka www.shopee.com.my dan klik pada butang sign up.

 

Sila isikan terlebih dahulu maklumat Anda di borang ini, kemudian, klik sign up.

 

Login ke bahagian seller Centre selepas pendaftaran Berjaya dibuat.
Pada paparan seller centre, klik shop setting. Anda akan melihat paparan seperti berikut.

 

Setting pada no 1, 2 & 3 sahaja dahulu. Tak payah pening kepala nak fikir fungsi-fungsi butang lain.

Setkan bahagian yang ditanda

 

1. Nama Kedai Anda
2. Masukkan gambar atau video yang berkaitan dengan kedai Anda
3. Letakkan description ringkas mengenai kedai Anda
Kemudian, klik save


STEP 2 : MASUKKAN PRODUK YANG ADA PERMINTAAN

Contoh produk yang hot kat shopee adalah seperti barangan rumah, pakaian dan mainan kanak-kanak.
Lihat contoh gambar dibawah :

Barangan rumah

Pakaian

Mainan Kanak-kanak


STEP 3 : CARA DAPATKAN SALES DI SHOPEE

1. Share produk Anda di FB & IG

Share produk di media sosial seperti FB & IG, akan membuatkan lebih ramai orang yang melihat
produk Anda di shopee.
Sekiranya mereka berminat, mereka pasti akan terus membeli produk Anda.
Untuk share produk ke FB & IG, ikut step dibawah:

Klik butang ‘Me’ seperti dibawah

Kemudian klik My Shop >  View my shop > Pastu pilih mana-mana produk yang Anda nak share.
Anda akan lihat paparan seperti dibawah :

Klik butang share di bahagian kanan atas Pilih nak share di FB, IG atau platform lain

 

2. Boost produk

Boost produk akan buatkan produk Anda berada pada ranking carian terawal di shopee. Ini akan
membuatkan lebih tinggi kebarangkalian produk Anda dilihat di shopee & produk Anda dilihat
lebih awal apabila bakal pelanggan membuka apps shopee.

Cara untuk boost produk di apps shopee :
Klik Me > My Shop > Scroll ke bawah.

Anda klik saja butang boost seperti dibawah

Anda dibenarkan memilih 5 produk untuk di boost dalam tempoh setiap 4 jam. Selepas 4 jam,
boost pula produk lain atau produk yang sama.

Note : Buat Boost secara berkala, biasa setiap 4 jam, kita boleh boost.. takut lupa nak boost?? Buat Boost sebelum korang makan pagi, tengahari dan malam.. boleh?

3. Letakkan gambar yang menarik mata pelanggan

Jika ada masa terluang, cuba Anda edit sedikit gambar produk anda supaya lebih memukau mata
pelanggan. Contohnya, letakkan frame gambar, edit background gambar, dan letakkan ayat-ayat
hype pada gambar seperti ‘hot price’ dan ‘hot sales’.

Gambar produk yang di edit dengan frame & perkataan “hot price”

OK. Tu je cara simple camne nak berniaga kat shopee..

 


Nak lagi mudah untuk dapat jualan?

Okay Sebenarnya, kalau korang nak bisnes kat shopee lagi kencang, ada lagi beberapa perkara korang
kena buat.. Macam research produk, masukkan produk dan poskan produk.

Research Produk

Bab ni paling lama makan masa, korang kena kaji apa produk yang laku kat shopee, bukan main hentam
je nak masuk produk apa. Nak cari produk yang laku ni, biasanya memang luang banyak masa. Satu
produk pun kadang-kadang ambil masa sampai 2 jam baru setel.

Masukkan Produk

Lepas dah tahu apa produk yang nak dijual, proses masukkan produk juga agak leceh sikit. Terutamanya
bila nak masukkan satu persatu produk. Kalau masukkan setakat 10 produk, ok lagi. Tapi cuba
bayangkan kalau korang ada 500 produk yang nak dimasukkan ke shopee ? agak agak berapa puluh jam
masa yang dah korang terpaksa habiskan ?

Eh Jap.. Bulk Uploadkan ada.. boleh upload banyak terus kan? ya.. tapi anda perlu teliti setiap barang dengan kekangan masa yang kita hadapi, fuh.. dengan kerja hakiki lagi..kan?

Memang agak penat dan makan masa nak research dan masukkan produk, lagipun 2 perkara ni nak kena buat secara konsisten setiap hari, barulah sales padu. Kalau buat pun jarang-jarang, memang sales pun akan jadi slow.

Tak caya ? korang boleh cuba dulu.. kami doakan Anda boleh konsisten

 

Nie haaa.. Ada Berita Baik…

Kalau korang nak step research dan masukkan produk ni pun santai giler macam step lain, join je ezilezi

Best tak kalau team ezilezi yang tolong Anda untuk buatkan semua tu, diorang tolong research produk
apa nak masuk, diorang tolong masukkan ke kedai shopee Anda dan diorang jugak yang tolong poskan
semua barang yang pelanggan Anda tempah. Inilah yang dikatakan cara santai bisnes untuk part time .

 

Agak-agak banyak tak masa Anda yang dah Berjaya jimat ? Best tak ?

Pihak Ezilezi dah lancarkan satu projek khas, iaitu Dropship Santai Shopee : yang mana korang hanya
perlu sediakan store, seperti yang dijelaskan dekat atas ni tu.. pahtu JOIN Ezilezi

.
Kat mana detail nak tengok? KLIK SINI



Apa yang menariknya jika anda daftar sebagai Ahli di BantuMula?

Sebagai ahli premium, anda boleh akses kesemua COURSE PREMIUM di dalam BantuMula dan bukan hanya 1 tapi sehingga kini sudah ada BELASAN COURSE yang mengandugi RATUSAN VIDEO dengan berdurasi lebih PULUHAN JAM merangkumi pelbagai platform pemasaran seperti Instagram, Facebook, Shopee termasuk cara buat belian direct China dan lain-lain Tak cukup dengan tu, setiap kali course baru di tambah, Ahli Premium akan dapat update dan akses SECARA PERCUMA!

Berminat nak sertai Ahli Premium Di BantuMula?

Opss.. Buat masa ni pendaftaran keahlian ditutup.. Tapi, anda boleh isikan dulu nama dan email di bawah, nanti dah buka kami akan maklumkan pada anda
  • Isikan alamat email yg sah sebab semua update kami akan hantar melalui email
July 29, 2019

1 responses on "3 CARA SANTAI GILER BUAT 4 ANGKA SECARA PART TIME"

  1. Menarik idea ni … saya dah implement … adalah rezeki sikit … TQ atas tunjuk ajar.

Leave a Message

Your email address will not be published.

top