
Salam, Alhamdulillah diberi peluang untuk berkongsi dalam artikel ini berkenaan 2 Kesilapan Besar Peniaga”Apply” Free Poslaju di Shopee
Ini berdasarkan pengalaman dan permasalahan yang ramai peniaga di Shopee.
Masalah :
“Saya dah memohon poslaju percuma di shopee , bila jualan masuk, shopee tak support poslaju tu. “
“jadi saya perlu tanggung sendiri poslaju. “
Yup, ramai yang pernah hadapi masalah ini.
Jadi, jom kami kongsikan langkah demi langkah untuk memohon pos laju dengan cara yang betul.
Bersedia?? Ok 1 2 3…
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon poslaju dari shopee 🙂
- Masuk ke Laman Web Poslaju Shopee -> www.shopee.my/poslaju
2. Baca Info dalam paparan berkenaan , Lepas tu dekat bahagian bawah : KLIK ” SIGN UP NOW ”
3. Dan Anda akan di bawa pada paparan ini : Tengok Info berkenaan permohonan ini :
4. Isi maklumat yang diperlukan :
Choose Your Activation Date : (Pilih tarikh yang anda nak untuk aktifkan shopee free ini)
Your Username : (Masukan username kedai anda -> ke Settings >>My Account >>Profile
Your Location : (Lokasi Bisnes Anda)
5. Dan bahagian 4 Acknowledgement : Tick & Klik -> Submit
6. Okay, dekat sini, sudah selesai untuk permohonan,
Jadi, Pihak Shopee akan hantar notifikasi di ” Push Notification ”
Dan itulah proses kita dalam menunggu untuk shopee sahkan free shipping kita, hari berganti dan TENGGGG (bunyi Notification)
7. “Push Notification” yang Shopee akan maklumkan akaun kita akan di aktifkan.
8. dan bila kita “klik” notifikasi berkenaan.
9. Dalam page berkenaan, Shopee akan tunjuk contoh akaun shopee sebelum dan selepas shopee kita apabila di “aktifkan” nanti
(Baca Setiap Detail dalam permohanan itu yer)
10. Selepas itu,akan sampai lagi notifikasi (pada tarikh yang kita apply), permohonan kita telah di aktif.
11. Dan lepas kita “klik” notifikasi berkenaan akan keluar nie :
Okay, dan part ini, 2 perkara ramai peniaga yang dah ingat akaun shopee mereka sudah aktif, TAPI nanti dulu, kita kena pastikan akaun kita betul-betul dah aktif. Jom kita tengok cara untuk pastikan.
2 Kesilapan Besar Peniaga”Apply” Free Poslaju di Shopee
Yang PERTAMAnya
12. Pergi ke ruang MY SHOP >> ke My Shipping >> (Rujuk Gambar di Bawah) >> Sekiranya tiada seperti dibawah? Bermakna Akaun kita masih belum aktif, Jadi apa yang perlu kita buat?? Terus email Pihak Shopee untuk beritahu berkenaan ini pada mereka.
Dan yang KEDUAnya
13. Sekiranya sudah ada “Shopee Supported Logistics” seperti di atas .
Kemudian kita ke ruang My Products pula>> Klik mana-mana produk >>Di Bahagian Bawah sekali (Rujuk Gambar).. Jika tiada “shopee supported logistics” – Ini bermakna produk berkenaan tidak di activekan untuk Free Shipping.
Jadi, anda perlu download balik senarai barang dari shopee dan ubah untuk shipping , kemudian upload semua 🙂
Orait, Sebenarnya nak apply free poslaju dari shopee mudah jer, cuma pada pihak kita pula, kena pastikan semua diaktifkan di akaun kita,
Bukan apa, nanti ingat dah dapat.. sales masuk jer,
tengok-tengok balik, tak boleh guna poslaju free.. kita la kena tanggung kos pos tu..huhu
dan sekiranya ada masalah, terus hubungi pihak shopee . Kat mana nak contact? Rujuk Gambar Bawah
Okey , saya harap info ini dapat membantu anda untuk terus berniaga di shopee . dan saya bersama team bantumula mendoakan kejayaan pada bisnes anda… Amin 🙂
P/S : Artikel lain yang boleh membantu anda, boleh (klik sini)
2 Kesilapan Besar Peniaga “Apply” Program Free Poslaju Shopee, 2 Kesilapan Besar Peniaga “Apply” Program Free Poslaju Shopee
Eh Kejap-kejap Korang Nak Belajar Step By Step di Shopee Melalui Video Tak?? sebab artikel ini cuma 5% sahaja berkenaan shopee dan selebih nya, saya cadangkan untuk korang tengok sini :
(PANDUAN PAKEJ BELAJAR SHOPEE MELALUI VIDEO)
